10 Alasan Orang Menolak Takaful Dan Ini Jawapannya.
Sebelum kita melihat beberapa alasan mengapa orang menolak takaful, marilah terlebih dahulu kita fahami semula apa itu takaful?
Apakah itu Takaful?
Dalam terma takaful, orang yang menyertai (dipanggil pemegang polisi / peserta takaful) mengeluarkan sejumlah wang (sumbangan / premium) ke dalam suatu dana yang diurus oleh syarikat Takaful. Apabila seseorang di dalam kumpulan itu ditimpa musibah, dia akan diberi hibah sejumlah wang seperti yang terkandung di dalam polisi mereka di mana wang tersebut adalah merupakan dana yang berperanan untuk membantu dan meringankan kesusahan yang menimpa itu.
Dari sudut pengurusan risiko dan penggantian pendapatan, takaful merupakan satu keperluan bukannya kehendak pada zaman ini. Namun, masih ramai yang menganggap ia bukan suatu yang perlu diberi keutamaan. Kalau nak di kata belum ada kesedaran, mungkin tidak kerana zaman sekarang hampir semua orang akan berkata bahawa takaful itu penting. Jarang-jarang di antara mereka setelah memahami konsep takaful yang akan menidakkannya lagi, tetapi yang menjadi masalahnya kerana sikap mereka sendiri suka bertangguh untuk mengambil perlindungan takaful.. Kenapa??
Di bawah ini adalah di antara alasan yang sering diberikan & jawapan-jawapan kepada alasan-alasan tersebut. Insyaallah semoga kita memperoleh pencerahan:
1) "COMPANY SAYA DAH COVER"
- Ia satu yang baik sebab syarikat bermurah hati sara kos perubatan anda tapi berapa ramai dari kita berapa kos tahunan perubatan yang diberi? Contoh rm20k setahun tapi kos perubatan rm50k.. kalau kita mengambil takaful rm20k di bayar oleh insuran syarikat dan rm30k lagi di bayar oleh takaful anda.. Tak rugi bukan.
2) "NANTI, SAYA NAK FIKIR DULU"
- Sebenarnya perkara yang baik tak perlu kita fikir, yang buat kita fikir dulu mungkin sebab kita tak faham dan ada masalah kewangan, alasan masalah kewangan ni sila baca no (6). Percayalah jika kita kata nak balik fikir dulu selalunya kita akan lupa dan tak ambil fikir lagi selepas sampai rumah kecuali orang yang betul-betul faham kepentingan takaful.
Tahukah juga kita bahawa selepas polisi kita lulus hari ini.. medical card masih belum dapat digunakan terus dan kita terpaksa mengunggu antara 90 - 120 hari. Ini adalah peraturan dari Bank Negara Malaysia. Jika doktor mengesahkan ada penyakit dalam tempoh tersebut, takaful sudah tidak boleh membiayai kos perubatan penyakit tersebut. Jangan bertangguh dengan alasan untuk berfikir dulu.
3) "SAYA NAK COMPARE DULU"
- Ini niat yang baik tapi ini bukan alasan yang bagus sebab kita bukan berada dalam bidang ini dan terdapat beberapa istilah dalam insuran / takaful yang sukar difahami jadi jika ada agent takaful yang menawarkan membuat perbandingan maka terimalah jika anda hendak membuat perbezaan ke semua 11 syarikat takaful.. sanggupkah anda? Tahukah anda sebenarnya setiap produk dalam takaful harganya adalah sama kerana ia ditetapkan boleh Bank Negara Malaysia maka tidak ada istilah mahal atau murah.. yang murah kurang faedahnya dan yang lebih mahal banyak faedahnya. Takaful yang baik adalah sekitar 7-10% dari gaji anda atau sekitar rm150 sebulan. (insyaAllah tajuk ini saya akan huraikan dalam tajuk lain).
4) " TAK PE.. SAYA BOLEH PERGI HOSPITAL KERAJAAN"
- Saya tak nafikan hospital kerajaan memang bagus tapi masalahnya lambat sebab ramai orang, bukan sahaja rakyat malaysia tapi warganegara asing juga mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Kadang-kadang timbul isu katil tak cukup dan terpaksa diletakkan katil tambahan dalam satu wad.. kalau peralatan khas tidak ada, kita terpaksa dirujuk ke hospital swasta (pernah berlaku dalam keluarga saya).
5) "FAMILI SAYA ORANG BERADA..BERDUIT"
- Ini alasan yang jarang dapat tapi tak ramai kita yang melepasi tahap yang kaya raya. Cuba kita fikirkan sekalipun mak ayah kita berduit atau kita sendiri bergaji besar.. sanggupkah duit yang kita kumpul lama digunakan untuk kos rawatan yang besar padahal kita mempunyai pilihan untuk pihak takaful yang membayarnya.
Sanggup kita menyusahkan atau menjadi beban kepada ibu bapa, isteri atau anak-anak kita?
6) "SAYA TAK ADA BAJET"
- Betul.. sekarang semuanya mahal dan kos sara hidup tinggi terutamanya di bandar. Kemelesetan ekonomi memang menyakitkan tapi jika kita jatuh sakit dalam kemelesetan ekonomi jauh lebih menyakitkan.
Sebenarnya ini sedikit sebanyak ada kesan dari kelemahan kita menguruskan perbelanjaan bulanan. Lakukanlah perancangan sekitar 10% dari gaji untuk tujuan kecemasan dan selebihnya uruskan dengan berhemah seperti bayaran bI'll dan perbelanjaan bulanan. Masyarakat jepun merancang 20% daripada gaji bulanan mereka untuk simpanan. Dari situ kita akan nampak gaji kita cukup atau tidak.. jika tidak satu alternatif untuk menambah perbelanjaan perlu dilakukan.
7) "NANTI DUIT SAYA BURN"
- Ini satu konsep yang salah, duit anda tidak hangus.. tidak hangus malah jika mendapat perundingan dari agent duit caruman anda setiap bulan akan dapat semula melebihi 100% kerana dalam Prudential BSN Takaful ada satu dana khas yang dipanggil dana investment.. jadi menyimpan di takaful tidak rugi malah anda dilindungi. Nah.. anda untung atau rugi? :)
8) "SAYA MASIH SIHAT"
- Siapa yang boleh bagi jaminan anda akan sihat hari esok. Memang takaful ini untuk diambil oleh orang yang sihat, jika dah ditimpa penyakit anda sudah tidak layak.. penyakit macam mana tu boleh berhubung dengan saya untuk rundingan.
9) "KALAU SIMPAN DI INSURAN SUSAH NAK KELUAR DUIT"
- Menyimpan duit bukan untuk digunakan.. kalau macam tu lebih baik menyimpan di bank tapi apa yang anda dapat selain faedah setiap tahun.. sangat tidak membantu. Mentaliti ini harus dikikis kerana sebenarnya di takaful kita masih boleh mengeluarkan duit kita tapi tidaklah semudah simpanan di bank.. bukan itu lebih baik?
10) "SAYA TAK BERMINAT DENGAN INSURAN-INSURAN NI"
- Ini adalah sebab kita tidak faham dan kita jarang memberi peluang untuk diri untuk memahami. Hal ini berlaku kerana mentaliti kita sudah tersekat.. ini saya sendiri tiada jawapan khusus, kita sendiri yang boleh mengubah cara berfikir. ingatlah, bila ada agent takaful yang membuat temujanji dengan anda sebenarnya mereka berkongsi ilmu bukan menjual.. nama pun perunding takaful bukan penjual takaful dan mungkin kerana sikap sebilangan agent yang bertindak sebagai "penjual" menyebab industri insuran/takaful ini dipandang negatif atau tipu. itu anda sendiri yang tentukan! :)
Untuk pengetahuan lanjut berkenaan Kepentingan Takaful dan bagaimana untuk memilih pelan-pelan perlindungan yang sesuai untuk anda dan keluarga, bolehlah menghubungi kami di TAKAFUL HALAL.
Terima kasih.
Faridah Daik (013-9225695)
Thalhah Alias (013-9333097)
Wakil / Agen Sah Takaful Ikhlas
a.k.a Perunding Kewangan Islam
Temerloh, Pahang.
Takaful Ikhlas Temerloh
No comments:
Post a Comment