Monday, 24 August 2015

Menjadi Wakil/Agen Takaful.. part 1



Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.


Industri takaful menjadi salah satu industri yang sangat penting dalam Muamalat Islam.

Ramai antara kita yang mengetahui kepentingan takaful kepada diri sendiri dan keluarga selain memahami apakah perbezaan di antara takaful dengan insurans konvensional.

Namun, kurang di antara kita yang mengetahui apakah kelayakan-kelayakan yang perlu bagi seseorang untuk menjadi wakil takaful yang sah.

IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia) merupakan badan yang dipertanggungjawab untuk mengendalikan Silibus Takaful dan Peperiksaan Asas Takaful.




Untuk pengetahuan anda, silibus baharu Peperiksaan Asas Takaful (TBE) telah diguna pakai bermula pertengahan Mac 2014.

Takaful Basic Examination (TBE) atau Peperiksaan Asas Takaful merupakan satu peperiksaan kelayakan untuk melayakkan mereka yang berminat untuk menjadi seorang ejen takaful yang berdaftar di dalam industri perkhidmatan kewangan dalam mempromosi produk-produk dan perkhidmatan takaful.

Untuk format TBE yang baharu, ianya mengandungi 28 bab dan dibahagikan kepada Bahagian A dan Bahagian C (untuk certificate for Family License). Sekiranya ejen ingin memasarkan produk berkaitan General Takaful, maka ia perlu mengambil bahagian B. Berikut adalah senarai Bab TBE format baharu:





PART A

Chapter A1 – Introduction to Islamic Muamalat

Chapter A2 – Concept of Risk

Chapter A3 – Introduction to Takaful

Chapter A4 – Comparison between Takaful and Conventional Insurance

Chapter A5 – Principles and Business Model of Takaful

Chapter A6 – Development and Supervision of Takaful Industry in Malaysia

Chapter A7 – Retakaful

Chapter A8 – Takaful Intermediaries

Chapter A9 – Introduction to Medical and Health Takaful

Chapter A10 – Types of Medical and Health Takaful

Chapter A11 – Underwriting Medical and Health Takaful

Chapter A12 – Certificate Administration

Chapter A13 – Medical and Health Takaful Claims

PART C

Chapter C1 – Family Takaful Preliminaries

Chapter C2 – Family Takaful Plans

Chapter C3 – Family Takaful Practices: Certificate Terms and Conditions

Chapter C4 – Family Takaful Practices: New Business – Rating

Chapter C5 – Family Takaful Practices: Monitoring the Takaful Fund

Chapter C6 – Family Takaful Practices: Certificate Documents

Chapter C7 – Family Takaful Practices: Claims

Chapter C8 – Family Takaful Practices: Some Mathematical Methods

Chapter C9 – Key Considerations in Investment-Linked Takaful Plan

Chapter C10 – Types Of Investment-Linked Takaful Plan

Chapter C11 – Structure Of Investment – Linked Funds

Chapter C12 – Benefit and Risk

Chapter C13 – Taxation and Law Covering Investment Link Takaful Plan

Chapter C14 – Identifying and Establishing Customer Needs

Chapter C15 – Family Takaful Practices: Marketing and Services, Ethics and Code of Conduct




Untuk mendaftar, bolehlah ke website rasmi IBFIM. Bayaran untuk menduduki peperiksaan adalah RM80 + 6% GST. Anda akan dibekalkan dengan modul nota-nota Part A dan Part C dalam bentuk e-book. Peperiksaan boleh diambil seawal 2 minggu daripada tarikh mendaftar. Namun ianya bergantung kepada kekosongan pada tarikh-tarikh peperiksaan tersebut.

Jumlah soalan peperiksaan adalah sebanyak 100 soalan objektif (2 jam) yang perlu dijawab secara online di pusat-pusat peperiksaan yang disediakan. 50 soalan Part A dan 50 soalan Part B. Keputusan peperiksaan boleh diketahui serta merta setelah menjawab kesemua soalan. Gred lulus dan layak mendapat Sijil Asas Takaful adalah gred B dan ke atas.

Setelah lulus Peperiksaan Asas Takaful (TBE), anda layaklah untuk menjadi wakil sah kepada syarikat-syarikat takaful terutamanya Takaful Ikhlas.


Untuk pengetahuan lanjut berkenaan Peperiksaan Asas Takaful dan bagaimana untuk menjadi wakil Takaful Ikhlas, bolehlah menghubungi kami di TAKAFUL HALAL.




Terima kasih.

Faridah Daik (013-9225695)

Thalhah Alias (013-9333097)

Wakil / Agen Sah Takaful Ikhlas

Temerloh, Pahang.


No comments:

Post a Comment