Monday, 24 August 2015

Kenapa Perlu Membuat Sumbangan Takaful?

RISIKO/MUSIBAH YANG TIDAK DIDUGA
  • Dalam Takaful, perkataan "risiko" merujuk kepada kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa dan tahap keterukan kesan-kesan negatif daripada peristiwa tersebut. Dalam erti kata lain, ia sentiasa melibatkan ketidakpastian yang berpunca daripada kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa, yang mana hasilnya boleh mengakibatkan seseorang berada dalam kedudukan yang lebih buruk berbanding dengan kedudukan beliau sebelum berlakunya peristiwa tersebut.
  • Sebagai manusia biasa, kita sentiasa terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kematian, hilang upaya, kecurian, kebakaran, dan banyak lagi yang akan mengakibatkan kerugian, pengurangan nilai serta kehilangan sumber pendapatan diri sendiri dan keluarga/waris.
  • Risiko-risiko yang sentiasa dikaitkan dengan individu ialah seperti:
  • (A) Kematian Awal
  • Kematian ketua isi rumah atau pencari nafkah boleh menyebabkan kesukaran kewangan kepada tanggungan.
  • (B) Pendapatan yang tidak mencukupi semasa persaraan
  • Kemungkinan pesara hilang pendapatan yang diperoleh mereka jika mereka tidak mempunyai aset kewangan yang mencukupi atau sumber pendapatan persaraan lain.
  • (C) Kesihatan yang tidak memuaskan
  • Kemungkinan untuk membayar bil-bil perubatan yang terlalu besar dan kehilangan pendapatan.
  • (D) Pengangguran 
  • Ancaman utama terhadap jaminan kewangan akibat daripada kitaran menurun perniagaan, perubahan teknologi dan ekonomi dan lain-lain.

Secara ringkasnya
Ada 11 sebab mengapa anda perlu memiliki dan memberi sumbangan takaful :
1. Menyediakan dana pendapatan / penggantian pendapatan kepada ahli keluarga/waris sekiranya anda meninggal dunia.
2. Menyediakan pendapatan / penggantian pendapatan sekiranya anda hilang upaya.
3.Menyediakan dana persaraan / saving untuk hari tua.
4.Menyediakan dana pendidikan anak-anak.
5. Menyediakan dana kewangan pengurusan perubatan/rawatan/pembedahan apabila sakit, kemalangan dan berpenyakit kritikal.
6. Mengelakkan dari berhutang.
7. Melindungi aset / barangan berharga.
8. Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
9. Melindungi perniagaan.
10.Melakukan amal jariah kerana takaful menggunakan konsep sedekah.
11.Mengurangkan cukai pendapatan.



Ingatlah..jangka hayat kita semakin berkurang, seharian kita terdedah kepada bahaya dan risiko walaupun ditempat yang paling selamat. Jika kita seorang bertanggungjawab kita tidak mahu membebankan diri, keluarga dan masyarakat ketika kita hidup atau meninggal dunia. Begitu juga orang yang kita sayangi, mereka juga memerlukan perlindungan supaya tidak membebankan kita di kemudian hari. Oleh itu, perlindungan diri, pengurusan kewangan, pengurusan harta dan hutang amat penting kepada setiap insan yang bernama manusia, dan ini semua, ditunjangi oleh pengurusan risiko.

Perlu diingat, risiko dan hutang perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.

Bagi mengurus risiko, kami di Takaful Halal (Wakil sah Takaful Ikhlas) menyediakan plan perlindungan diri, keluarga dan pelaburan anda..Anda hanya perlu memiliki polisi perlindungan tersebut supaya wang pelaburan atau sumbangan anda dapat disalurkan kepada pewaris anda setelah anda tiada nanti (tidak terbelenggu dengan hutang). Tetapi jika tiada apa-apa berlaku kepada anda…anda masih mendapat semula wang simpanan + keuntungan pelaburan yang anda bayar kepada Takaful Ikhlas tersebut sebagai wang simpanan hari tua..

Bertindaklah sekarang, miliki polisi takaful anda sebelum terlambat…


SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA
Surah Al-Maidah Ayat 2
“Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan jangan berkerjasama dalam dosa dan permusuhan”.

.

Hadith riwayat Bukhari
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”.
.
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
“Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggungjawab dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah tanggungan kamu”.
.
Hadith riwayat Ibnu Majah
“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwaraga manusia”.
.
Hadith riwayat Ahmad
“Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit”.

Untuk pengetahuan lanjut berkenaan Peperiksaan Asas Takaful dan bagaimana untuk menjadi wakil Takaful Ikhlas, bolehlah menghubungi kami di TAKAFUL HALAL.




Terima kasih.

Faridah Daik (013-9225695)

Thalhah Alias (013-9333097)

Wakil / Agen Sah Takaful Ikhlas

Temerloh, Pahang.

No comments:

Post a Comment