Wednesday, 4 November 2015

APA ITU TAKAFUL? Soalan Mudah yang sering ditanya. Namun, perlukan jawapan...

APAKAH ITU TAKAFUL?

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.




APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS KONVENSIONAL?




i. Gharar di dalam hasil pertukaran
Apabila kontrak dibuat, tidak kira, penyedia insurans atau peserta, mengetahui tentang hasil kontrak tersebut. Peserta tidak tahu dengan jelas samada ia akan mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium yang dibayarnya. Begitu juga dengan penyedia insurans, juga tidak mengetahui apakah hasil pertukaran daripada kontrak tersebut.

ii. Gharar di dalam kadar pampasan
Di dalam kontrak insurans konvesional peserta tidak mengetahui kadar pampasan memandangkan ianya bergantung kepada sesuatu kejadian yang mungkin atau tidak mungkin berlaku.

iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaran
Apabila kontrak dibuat tidak kira penyedia insurans atau peserta tahu mengenai hasil pertukaran kontrak. Peserta tidak tahu samada mereka akan menerima pampasan hasil pertukaran kepada premium yang mereka bayar. Begitu juga dengan penyedia insurans mereka tidak tahu berapa banyakkah premium yang akan mereka terima. Kadang-kadang penyedia insurans akan menerima premium hanya sekali atau mungkin beberapa kali, tetapi perlu melindungi jumlah yang tidak setara dengan premium.

iv. Gharar di dalam tempoh masa
Mengikut sesetengah ulamak apabila sesuatu kontrak ditangguhkan, tempoh masanya hendaklah diketahui. Jika tidak kontrak dianggap terbatal (tidak sah). Situasi yang sama timbul di dalam kontrak insurans konvensional di mana pampasan adalah berdasarkan tempoh masa yang tidak diketahui.


[b] Maisir
'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab yang bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional dikaitkan dengan perjudian di mana jika berlaku bencana, pihak penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika bencana tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian. Tambahan pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang sumber wang yang dibayar sebagai pampasan kerana sumbernya tidak ditentukan.

[c] Riba
'Riba' diambil dari perkataan Arab yang bermaksud faedah. Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang melarang 'riba'. Sering berlaku percanggahan pendapat di kalangan para ulamak tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan 'riba'. Sesetengah ulamak berpendapat bahawa faedah samada ke atas prinsipal atau bayaran lewat adalah 'riba'. Satu lagi bentuk riba menurut sunnah Rasulullah S.A.W. ialah elemen pertukaran barang-barang riba (ribawi) di mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa dan/atau kuantiti. Elemen 'ribawi yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w. adalah emas untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam. Betul ataupun salah dengan membuat bandingan persamaan, wang adalah hampir sama dengan emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi pertukaran. Elemen ribawi inilah yang mewujudkan perbezaan di dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia insurans dan peserta. Tambahan pula para ulamak ini mempertikaikan bahawa syarikat insurans konvensional memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan mengenakan faedah dan ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai riba.


Hubungi kami di Takaful Halal (wakil sah Takaful Ikhlas):

https://www.facebook.com/112takafulhalal/

Faridah binti Daik (013-9225695)
Thalhah bin Alias (013-9333097)

Takaful Ikhlas Temerloh, Mentakab, Jengka, Bera, jerantut
Takaful Ikhlas Pahang.

No comments:

Post a Comment