Wednesday, 18 November 2015

Hukum Beli Emas Secara Ansuran & Trade 'In'

Hukum Beli Emas Ansuran & Trade 'In' 


a- Ustaz, saya ada mendengar bahawa barangan emas tidak boleh di beli secara ansuran, adakah ia benar dan mengapa? Untuk makluman, jual beli emas secara tangguh ini amat berleluasa terutamanya di Kelantan.
b- Pohon penjelasan ustaz juga berkenaan cara menukar emas lama dengan yang baru, yang dikenali sebagai "trade in" yang selalu di lakukan oleh kaum wanita di Malaysia.
- ingin selamat di akhirat-
Jawapan :
a.      Jawapan Emas di Jual Beli Secara Ansuran.
Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.
Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelkang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus. Prof. Dr Mohd Said Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi.
Rujuk pandangan mazhab empat dalam Al-Mabsut 14/4 ; Al-Bayan wa at-Tahsil 6/444 ; At-Tamhid 2/246 ; Al-Umm , 2/32 ; Takmilah al-Majmu' oleh As-Subky . 10/83 ; Mughni al-Muhtaj , 2/25 ; al-Mughni oleh Ibn Quddamah , 6/60 )  
Ibn Abd al-Barr dlm Istizkar menyatakan telah berlaku ijma' (sepakat) mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk ‘at-tibr' (serbuk) dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana pihak yang berurusniaga), demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya secara ansuran dan hutang.
Khatib As-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yang asal.
Bagaimanapun terdapat satu pendapat minorti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.
Pandangan minority ini di katakan adalah pandangan Ia adalah pendapat Mu'awiyah (Rujuk riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu' no 2541; An-Nasaie 7/279 ; Al-Bayhaqi 5/280, tapi Abu Darda telah menegur Mu'awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian mengadu ke Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan)Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim (Rujuk I'lam al-Muwaqqi'ien, 2/141 utk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat utk pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu' al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula). Hasilnya menurut kumpulan ini adalah Harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil'ah (barang dagangan).
Ia disokong Prof Dr Mahmud ‘Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi (kerana "umum al-balwa" - Perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang).
Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rusyd al-Maliki ( w 595 H) berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa:  "perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen (yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan membelinya walaupun secara tangguh.
Ibn Mufleh al-Hanbali (w 763 H) pula berkata (rujuk al-Mubdi' 4/149) : Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun'ah (pembuatan dan pertukangan).
Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa atharuha fi al-Mu'awadah al-Maliah oleh Dr Abd Raouf Bin Muhd Al-Kamali (tesis PhD di Univ Imam dengan tahap Mumtaz, 2/558)
Kesimpulan dan pandangan terpilih : Maka hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti, lalu setiap pembelian dan penjualan yang dibayar menggunakan duit (maka Kesatuan Fiqh Sedunia telah memutuskan bahawa matawang kertas adalah ‘nuqud istilahiah' yang sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana tidak sama jenis. 
b- Jawapan Bagi ‘Trade in' Emas Lama Dengan Emas Baru.
Jelas menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in' emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil'ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu'asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ; Al-Buyu' al-Sya'iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :
i) Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu', no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.
ii) Mesti 'Taqabud fil hal aw fil majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa) - kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.
Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan 'trade in' dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu? 
Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : "Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi"
JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.
Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.
Ust Zaharuddin Abd Rahman





Terima kasih.

Faridah Daik (013-9225695)

Thalhah Alias (013-9333097)

Wakil / Agen Sah Takaful Ikhlas

Temerloh, Pahang.

Takaful Ikhlas: Operator Takaful Terbaik 2015.. Pelaburan Terbaik dari kami dengan Capital Investment

Melaburlah dengan Kami: IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus


-->> Hanya Perlukan sumbangan Tunggal (Sekali bayar sahaja)



Selain daripada memperolehi ketenangan fikiran melalui perlindungan harta yang mencukupi, anda ingin pastikan wang yang diperolehi daripada hasil usaha gigih anda dioptimumkan bagi mencapai objektif pelaburan anda, berasaskan tahap risiko anda.

Hanya dengan satu caruman, anda berpeluang mendapatkan pulangan yang lebih menguntungkan daripada pelaburan melaluiIKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus, pelan yang menyediakan manfaat dua dalam satu iaitu, kenaikan nilai modal dan perlindungan pada masa yang sama. Ini adalah pelan ideal bagi memenuhi matlamat kewangan jangka sederhana hingga matlamat kewangan jangka panjang anda.

Instrumen pelaburan dan perlindungan ini membolehkan wang anda dikumpulkan bersama-sama dengan wang pelabur lain, sementara pengurusan dana diserahkan kepada pengurus dana yang profesional dan berpengalaman bagi memperolehi hasil yang lebih baik berbanding dengan pelaburan secara peribadi.

Pelan ini menyediakan tiga dana yang terdiri daripada kelas – kelas aset yang berlainan untuk memberi kepelbagaian portfolio pelaburan anda bergantung kepada keperluan pelaburan anda dan berdasarkan kepada peringkat kehidupan anda sekarang.

PENGENALAN

IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus adalah pelan berkaitan pelaburan bercaruman tunggal yang menyediakan peluang untuk memaksimakan pulangan pelaburan anda dan pada masa yang sama, menikmati perlindungan takaful. Anda boleh bermula dengan caruman tunggal sekali gus dan penambahan pelaburan pada bila–bila masa bagi merebut peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.

APAKAH CIRI-CIRI UTAMANYA?
  1. Mulakan perjalanan menuju ke usia emas anda dengan pelaburan sekali gus serendah RM 5,000.
  2. Anda mempunyai pilihan untuk melabur dalam dana pelaburan berlainan, iaitu Dana Growth, Dana Balanced atau Dana Fixed Income bagi meningkatkan pulangan anda dan mengimbangi risiko portfolio pelaburan anda.
  3. Pelaburan anda diuruskan oleh pengurus dana profesional bagi memberi ketenangan fikiran kepada anda.
  4. Anda boleh mengendali sepenuhnya pelaburan dan perlindungan anda melalui IKHLAS
    Invest-Link Mobile, aplikasi mudah alih berkaitan pelaburan milik kami sendiri. Anda boleh menyemak manfaat pelan anda dengan akses mudah bagi memantau dan melaraskan aset portfolio pelaburan anda, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
  5. Seiring perubahan hidup, keperluan anda juga turut berubah. IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus menyediakan fleksibiliti untuk anda mengagihkan semula dana pelaburan anda melalui kemudahan penukaran. Dengan IKHLAS Invest-Link Mobile, anda dapat mengakses kemudahan ini pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja; lantas membolehkan anda mengendali sepenuhnya pelaburan anda.
  6. Anda memiliki fleksibiliti untuk mengeluarkan pelaburan anda pada bila-bila sahaja bagi memenuhi kepelbagaian keperluan kewangan anda pada peringkat hidup yang berbeza.
  7. Anda bukan sahaja akan memulakan permulaan yang hebat dalam membina kekayaan, IKHLAS
    Capital Investment-Linked Takaful Plus memastikan bahawa anda dilindungi sekiranya berlaku kejadian yang tidak diduga, seperti kematian dan Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)

APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS CAPITAL INVESTMENT-LINKED TAKAFUL PLUS? 
    Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)
    1. Sekiranya berlaku kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) ke atas peserta, yang mana lebih awal, dalam tempoh Sijil, yang lebih tinggi dari yang berikut:
       
    2. 125% dari Caruman Tunggal, campur Campuran Tambahan, ditolak Pengeluaran Tunai, atau
       
    3. Nilai Aset Bersih Terkumpul (NAV) Unit hendaklah dibayar kepada Peserta (sekiranya berlaku TPD) atau waris terdekat atau penama (sekiranya berlaku kematian).
    TPD hanya akan melindungi Peserta yang berumur 65 tahun ke bawah dan ia adalah berdasarkan definisi “Pekerjaan Sendiri atau Pekerjaan yang Sesuai” di mana manfaat dibayar tertakluk kepada;
    • Tuntutan Keilatan Kekal Menyeluruh adalah disahkan
    • Caruman tidak terlewat
    (Manfaat ini Dijamin oleh Dana Risiko)
    Manfaat Matang
    Jumlah terkumpul di dalam Dana Unit (selepas ditolak sebarang caj) akan dibayar kepada anda apabila Sijil matang.

    Manfaat Serahan
    Apabila Sijil anda diserahkan, anda akan menerima jumlah terkumpul di dalam Dana Unit setelah tolak caj serahan.


    Keuntungan semasa: 


    Dana Growth 9%

    Dana Balance 8%

    Dana fixed 3%


    -->> Hanya Perlukan sumbangan Tunggal (Sekali bayar sahaja). Dah boleh melabur sambil menikmati Perlindungan Takaful sebanyak 125%.





    Untuk pengetahuan lanjut berkenaan 

    IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus ataupun Pelan-pelan Takaful Keluarga yang lain, bolehlah menghubungi kami di TAKAFUL HALAL.


    Anda boleh juga download helaian keterangan produk di sini

    http://www.takaful-ikhlas.com.my/sites/default/files/ikhlas_capital_il_takaful_pds.bm_jan2015_1.pdf



    Terima kasih.

    Faridah Daik (013-9225695)

    Thalhah Alias (013-9333097)

    Wakil / Agen Sah Takaful Ikhlas

    Temerloh, Pahang.

    Friday, 13 November 2015

    Nyawa dan kereta.. Yang mana lebih bernilai?

    Memahami & Menilai Comprehensive Personal Accident Benefit (CPAB) Rider. .

    Perasan atau tidak, saban tahun, kita sentiasa memperbaharui cukai jalan (road tax) kenderaan beserta Insurans/takaful kenderaan tersebut. 

    Apa tujuannya?

    -Pertama, sudah tentu untuk memastikan kenderaan atau kereta kita sentiasa sah untuk digunakan di atas jalan raya. 

    -Dan yang kedua, adalah untuk melindungi kereta kita apabila terkena musibah seperti kemalangan sehingga mengakibatkan kerosakan, kecurian dan juga mungkin musibah bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya.

    Tapi tahukah kita yang insurans/takaful kereta kita itu hanya bertujuan melindungi kereta kita/atau kereta-kereta yang mana kita terlibat bersama di dalam kemalangan itu sahaja?

    Adakah pemandu dan penumpang kereta dilindungi bersama?

    Jawapannya: Insurans/takaful kenderaan sebenarnya tidak melindungi pemandu mahupun penumpang kenderaan.



    TIMBUL PULA PERSOALAN DI SINI:

    Nyawa dan kereta, yang mana lebih bernilai?

    Jawapan: kedua-duanya bernilai TETAPI nyawa tidak ternilai harganya. (Ajal maut di tangan Allah)


    SEKARANG, Tanya pada diri sendiri...

    Sedangkan kereta yang tidak bernyawa sanggup kita berikan perlindungan takaful,

    Mengapa tubuh badan kita sendiri, yang berhempas pulas bekerja, yang ke hulu ke hilir mencari rezeki, tenaga dan keringat kita menyara keluarga, Kita tidak lindungi??

    Mengapa?

    Malang tidak berbau. Menguruskan Risiko di peringkat awal adalah jalan terbaik. Menyertai takaful dan memberi sumbangan untuk perlindungan kemalangan adalah salah satu cara kita menguruskan risiko.

    Di Takaful Ikhlas, kita mempunyai satu rider terbaru yang sangat komprehensif dalam memberi perlindungan kemalangan.



    Memperkenalkan

    IKHLASlink COMPREHENSIVE PERSONAL ACCIDENT BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

    Perlindungan kemalangan bukan sekadar kemalangan. Apa maksudnya?

    "IKHLASlink Comprehensive Personal Accident Benefit Secure Takaful Rider merupakan pelan tambahan yang boleh dilampirkan ke dalam produk asas Takaful keluarga. Rider ini memberikan pampasan kewangan apabila berlaku kematian, keilatan kekal menyeluruh atau separa atau keilatan sementara atau sebahagian dan menyeluruh (untuk manfaat mingguan), dan juga pembayaran semula kos perubatan ke atas kecederaan yang disebabkan kemalangan."




    Untuk pengetahuan anda,

    Kemalangan yang dimaksudkan di sini tidak terhad kepada kemalangan jalan raya sahaja.

    Semua jenis kemalangan personal termasuklah terjatuh tangga, tertajuh pokok, kecederaan akibat bersukan, kemalangan anak-anak di taman permainan kanak-kanak, kemalangan semasa menunggang basikal dan sebagainya adalah dikategorikan sebagai kemalangan.



    MENGAPA IKHLASlink Comprehensive Personal Accident Benefit Secure Takaful Rider BERBEZA DENGAN PRODUK-PRODUK SEBELUMNYA?

    Apa yang menyebabkan rider ini berbeza dan unik adalah kerana perlindungan diberikan begitu menyeluruh dan komprehensif berbanding produk-produk terdahulu.

    Produk-produk terdahulu rata-rata hanya memberi pampasan apabila berlaku kematian akibat daripada kemalangan ataupun ditimpa hilang upaya kekal akibat daripada kemalangan.

    Namun begitu, IKHLASlink Comprehensive Personal Accident Benefit Secure Takaful Rider menawarkan kita perlindungan walaupun berlaku kemalangan kecil dan menerima rawatan klinik hanya sebagai pesakit luar.

    Bahkan, terdapat juga gantian pendapatan mingguan sehingga RM1500 seminggu akibat daripada ketidakupayaan sementara (senang citer: MC dan tak dapat pergi kerja/menjalankan rutin pekerjaan harian).

    Tuntutan bayaran kepada bil-bil klinik (pesakit luar) akibat kemalangan sehingga RM2500 untuk setiap kemalangan disediakan termasuklah juga pembedahan-pembedahan yang dilakukan akibat kemalangan sehingga RM12,500.





    Bayaran pampasan kepada peserta akibat hilang upaya walaupun hanya kehilangan seruas jari juga turut diberikan mengikut peratusan-peratusan yang telah ditetapkan.



    Untuk pengetahuan lanjut berkenaan Rider Perlindungan Kemalangan ini ataupun Pelan-pelan Takaful Keluarga yang lain, bolehlah menghubungi kami di TAKAFUL HALAL.




    Terima kasih.

    Faridah Daik (013-9225695)

    Thalhah Alias (013-9333097)

    Wakil / Agen Sah Takaful Ikhlas

    Temerloh, Pahang.

    Wednesday, 4 November 2015

    APA ITU TAKAFUL? Soalan Mudah yang sering ditanya. Namun, perlukan jawapan...

    APAKAH ITU TAKAFUL?

    Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

    Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.




    APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS KONVENSIONAL?




    i. Gharar di dalam hasil pertukaran
    Apabila kontrak dibuat, tidak kira, penyedia insurans atau peserta, mengetahui tentang hasil kontrak tersebut. Peserta tidak tahu dengan jelas samada ia akan mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium yang dibayarnya. Begitu juga dengan penyedia insurans, juga tidak mengetahui apakah hasil pertukaran daripada kontrak tersebut.

    ii. Gharar di dalam kadar pampasan
    Di dalam kontrak insurans konvesional peserta tidak mengetahui kadar pampasan memandangkan ianya bergantung kepada sesuatu kejadian yang mungkin atau tidak mungkin berlaku.

    iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaran
    Apabila kontrak dibuat tidak kira penyedia insurans atau peserta tahu mengenai hasil pertukaran kontrak. Peserta tidak tahu samada mereka akan menerima pampasan hasil pertukaran kepada premium yang mereka bayar. Begitu juga dengan penyedia insurans mereka tidak tahu berapa banyakkah premium yang akan mereka terima. Kadang-kadang penyedia insurans akan menerima premium hanya sekali atau mungkin beberapa kali, tetapi perlu melindungi jumlah yang tidak setara dengan premium.

    iv. Gharar di dalam tempoh masa
    Mengikut sesetengah ulamak apabila sesuatu kontrak ditangguhkan, tempoh masanya hendaklah diketahui. Jika tidak kontrak dianggap terbatal (tidak sah). Situasi yang sama timbul di dalam kontrak insurans konvensional di mana pampasan adalah berdasarkan tempoh masa yang tidak diketahui.


    [b] Maisir
    'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab yang bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional dikaitkan dengan perjudian di mana jika berlaku bencana, pihak penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika bencana tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian. Tambahan pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang sumber wang yang dibayar sebagai pampasan kerana sumbernya tidak ditentukan.

    [c] Riba
    'Riba' diambil dari perkataan Arab yang bermaksud faedah. Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang melarang 'riba'. Sering berlaku percanggahan pendapat di kalangan para ulamak tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan 'riba'. Sesetengah ulamak berpendapat bahawa faedah samada ke atas prinsipal atau bayaran lewat adalah 'riba'. Satu lagi bentuk riba menurut sunnah Rasulullah S.A.W. ialah elemen pertukaran barang-barang riba (ribawi) di mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa dan/atau kuantiti. Elemen 'ribawi yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w. adalah emas untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam. Betul ataupun salah dengan membuat bandingan persamaan, wang adalah hampir sama dengan emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi pertukaran. Elemen ribawi inilah yang mewujudkan perbezaan di dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia insurans dan peserta. Tambahan pula para ulamak ini mempertikaikan bahawa syarikat insurans konvensional memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan mengenakan faedah dan ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai riba.


    Hubungi kami di Takaful Halal (wakil sah Takaful Ikhlas):

    https://www.facebook.com/112takafulhalal/

    Faridah binti Daik (013-9225695)
    Thalhah bin Alias (013-9333097)

    Takaful Ikhlas Temerloh, Mentakab, Jengka, Bera, jerantut
    Takaful Ikhlas Pahang.

    PAYOR SECURE: POLISI TAKAFUL ANAK ANDA AKAN DITERUSKAN SECARA PERCUMA JIKA ANDA DITIMPA MUSIBAH

    [AYAH, IBU WAJIB BACA]

    Adakah anda merupakan pemegang dan pembayar polisi takaful/insurans anak anda?

    Adakah anda konsisten membayar sumbangan takaful/insurans  anak anda setiap bulan?

    Adakah anda inginkan supaya takaful/insurans anak anda berterusan sehingga tamat polisi ketika usia mereka meningkat dewasa?

    Adakah anda inginkan anak anda menikmati hasil pulangan pelaburan yang baik sebagai suntikan untuk melanjutkan pengajian ataupun memulakan kehidupan sebagai seorang dewasa setelah tamat polisi takafulnya kelak?

    Tetapi

    Apakah yang akan berlaku kepada polisi takaful anak anda kelak jika sesuatu musibah menimpa anda yang menyebabkan anda tidak mampu meneruskan pembayarannya sehingga usianya meningkat dewasa?

    Apakah yang akan berlaku kepada polisi takaful anak anda jika anda meninggal dunia terlebih dahulu? Siapakah yang akan meneruskan pembayaran takaful anak anda kelak? 

    Adakah ianya akan terhenti di situ?



    KAMI DI TAKAFUL IKHLAS MEMPERKENALKAN

    IKHLASlink PAYOR SECURE TAKAFUL RIDER


    Soalan yang perlu ditanya oleh anda:

    1. Apakah itu IKHLASlink Payor Secure Takaful Rider?

    IKHLASlink Payor Secure Takaful Rider adalah salah satu pelan untuk melindungi keluarga anda (Isteri/suami dan anak-anak) daripada bebanan bayaran takaful seandainya anda tidak mampu meneruskan pembayarannya kelak.

    Rider ini akan menguruskan semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang di bawah Sijil Takaful sekiranya berlaku:

    (a) Kematian menimpa si pembayar. 
    (b) Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) menimpa si pembayar.
    (c) Didiagnosis ke atas satu daripada 39 Penyakit Kritikal terhadap si pembayar sebelum tarikh tamat rider ini.


    2. Adakah kita boleh menjadi pembayar kepada pasangan kita (suami/isteri) dan menyertai IKHLASlink Payor Secure Takaful Rider untuk mendapatkan manfaat perlindungan seperti yang ditawarkan?

    Ya, sudah tentu. Si Pembayar (payor) bermaksud:

    (a) Ibu/bapa kepada anak
    (b) Suami kepada isteri
    (c) Isteri kepada suami



    SANGAT MENARIK: Semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang (termasuk pelan rider yang disertakan) akan diuruskan dan diberikan secara percuma.


    "Oleh itu, rancanglah masa depan anda dan keluarga anda dengan sistematik. Uruskanlah risiko yang tidak dapat dijangka dengan lebih tersusun. Sesungguhnya Takaful tidak menjanjikan anda untuk menjadi kaya raya.. Tetapi sistem takaful tidak sesekali membenarkan keluarga anda memderita kesusahan ketika ditimpa musibah kelak."


    Hubungi kami di Takaful Halal (wakil sah Takaful Ikhlas):

    https://www.facebook.com/112takafulhalal/

    Faridah binti Daik (013-9225695)
    Thalhah bin Alias (013-9333097)

    Takaful Ikhlas Temerloh, Mentakab, Jengka, Bera, jerantut
    Takaful Ikhlas Pahang.