Wednesday, 4 November 2015

APA ITU TAKAFUL? Soalan Mudah yang sering ditanya. Namun, perlukan jawapan...

APAKAH ITU TAKAFUL?

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.




APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS KONVENSIONAL?




i. Gharar di dalam hasil pertukaran
Apabila kontrak dibuat, tidak kira, penyedia insurans atau peserta, mengetahui tentang hasil kontrak tersebut. Peserta tidak tahu dengan jelas samada ia akan mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium yang dibayarnya. Begitu juga dengan penyedia insurans, juga tidak mengetahui apakah hasil pertukaran daripada kontrak tersebut.

ii. Gharar di dalam kadar pampasan
Di dalam kontrak insurans konvesional peserta tidak mengetahui kadar pampasan memandangkan ianya bergantung kepada sesuatu kejadian yang mungkin atau tidak mungkin berlaku.

iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaran
Apabila kontrak dibuat tidak kira penyedia insurans atau peserta tahu mengenai hasil pertukaran kontrak. Peserta tidak tahu samada mereka akan menerima pampasan hasil pertukaran kepada premium yang mereka bayar. Begitu juga dengan penyedia insurans mereka tidak tahu berapa banyakkah premium yang akan mereka terima. Kadang-kadang penyedia insurans akan menerima premium hanya sekali atau mungkin beberapa kali, tetapi perlu melindungi jumlah yang tidak setara dengan premium.

iv. Gharar di dalam tempoh masa
Mengikut sesetengah ulamak apabila sesuatu kontrak ditangguhkan, tempoh masanya hendaklah diketahui. Jika tidak kontrak dianggap terbatal (tidak sah). Situasi yang sama timbul di dalam kontrak insurans konvensional di mana pampasan adalah berdasarkan tempoh masa yang tidak diketahui.


[b] Maisir
'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab yang bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional dikaitkan dengan perjudian di mana jika berlaku bencana, pihak penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika bencana tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian. Tambahan pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang sumber wang yang dibayar sebagai pampasan kerana sumbernya tidak ditentukan.

[c] Riba
'Riba' diambil dari perkataan Arab yang bermaksud faedah. Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang melarang 'riba'. Sering berlaku percanggahan pendapat di kalangan para ulamak tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan 'riba'. Sesetengah ulamak berpendapat bahawa faedah samada ke atas prinsipal atau bayaran lewat adalah 'riba'. Satu lagi bentuk riba menurut sunnah Rasulullah S.A.W. ialah elemen pertukaran barang-barang riba (ribawi) di mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa dan/atau kuantiti. Elemen 'ribawi yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w. adalah emas untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam. Betul ataupun salah dengan membuat bandingan persamaan, wang adalah hampir sama dengan emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi pertukaran. Elemen ribawi inilah yang mewujudkan perbezaan di dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia insurans dan peserta. Tambahan pula para ulamak ini mempertikaikan bahawa syarikat insurans konvensional memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan mengenakan faedah dan ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai riba.


Hubungi kami di Takaful Halal (wakil sah Takaful Ikhlas):

https://www.facebook.com/112takafulhalal/

Faridah binti Daik (013-9225695)
Thalhah bin Alias (013-9333097)

Takaful Ikhlas Temerloh, Mentakab, Jengka, Bera, jerantut
Takaful Ikhlas Pahang.

PAYOR SECURE: POLISI TAKAFUL ANAK ANDA AKAN DITERUSKAN SECARA PERCUMA JIKA ANDA DITIMPA MUSIBAH

[AYAH, IBU WAJIB BACA]

Adakah anda merupakan pemegang dan pembayar polisi takaful/insurans anak anda?

Adakah anda konsisten membayar sumbangan takaful/insurans  anak anda setiap bulan?

Adakah anda inginkan supaya takaful/insurans anak anda berterusan sehingga tamat polisi ketika usia mereka meningkat dewasa?

Adakah anda inginkan anak anda menikmati hasil pulangan pelaburan yang baik sebagai suntikan untuk melanjutkan pengajian ataupun memulakan kehidupan sebagai seorang dewasa setelah tamat polisi takafulnya kelak?

Tetapi

Apakah yang akan berlaku kepada polisi takaful anak anda kelak jika sesuatu musibah menimpa anda yang menyebabkan anda tidak mampu meneruskan pembayarannya sehingga usianya meningkat dewasa?

Apakah yang akan berlaku kepada polisi takaful anak anda jika anda meninggal dunia terlebih dahulu? Siapakah yang akan meneruskan pembayaran takaful anak anda kelak? 

Adakah ianya akan terhenti di situ?



KAMI DI TAKAFUL IKHLAS MEMPERKENALKAN

IKHLASlink PAYOR SECURE TAKAFUL RIDER


Soalan yang perlu ditanya oleh anda:

1. Apakah itu IKHLASlink Payor Secure Takaful Rider?

IKHLASlink Payor Secure Takaful Rider adalah salah satu pelan untuk melindungi keluarga anda (Isteri/suami dan anak-anak) daripada bebanan bayaran takaful seandainya anda tidak mampu meneruskan pembayarannya kelak.

Rider ini akan menguruskan semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang di bawah Sijil Takaful sekiranya berlaku:

(a) Kematian menimpa si pembayar. 
(b) Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) menimpa si pembayar.
(c) Didiagnosis ke atas satu daripada 39 Penyakit Kritikal terhadap si pembayar sebelum tarikh tamat rider ini.


2. Adakah kita boleh menjadi pembayar kepada pasangan kita (suami/isteri) dan menyertai IKHLASlink Payor Secure Takaful Rider untuk mendapatkan manfaat perlindungan seperti yang ditawarkan?

Ya, sudah tentu. Si Pembayar (payor) bermaksud:

(a) Ibu/bapa kepada anak
(b) Suami kepada isteri
(c) Isteri kepada suami



SANGAT MENARIK: Semua Sumbangan Takaful yang perlu dibayar di masa akan datang (termasuk pelan rider yang disertakan) akan diuruskan dan diberikan secara percuma.


"Oleh itu, rancanglah masa depan anda dan keluarga anda dengan sistematik. Uruskanlah risiko yang tidak dapat dijangka dengan lebih tersusun. Sesungguhnya Takaful tidak menjanjikan anda untuk menjadi kaya raya.. Tetapi sistem takaful tidak sesekali membenarkan keluarga anda memderita kesusahan ketika ditimpa musibah kelak."


Hubungi kami di Takaful Halal (wakil sah Takaful Ikhlas):

https://www.facebook.com/112takafulhalal/

Faridah binti Daik (013-9225695)
Thalhah bin Alias (013-9333097)

Takaful Ikhlas Temerloh, Mentakab, Jengka, Bera, jerantut
Takaful Ikhlas Pahang.

Sunday, 25 October 2015

APAKAH MAIN FOREX ONLINE DIKIRA HARAM??

IMG-20151023-WA0012
Isu pelaburan forex di internet. (Kredit to blog pakdi)
Kesimpulan dari bual bicara dalam slot Khidmat Syariah, Assalamualaikum, TV AlHijrah.
1) Pertukaran matawang mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli Bay’ Sarf seperti yang digariskan dalam hadis dari Ubadah Bin Samit. Mesti berlaku secara Qabd iaitu serah tunai. Jika tidak, jadilah ia riba jual beli.
2) Penggunaan margin account, iaitu security deposit yang diperlukan apabila membuka akaun forex trading adalah petunjuk jual beli , pertukaran matawang itu berlaku secara bertangguh, iaitu tiada Qabd – serah tunai.
3) Contoh aktiviti pertukaran matawang yang memenuhi rukun dan syarat Bay’ Sarf adalah seperti yang dibuat oleh perniagaan money changer danperbankan Islam.
4) Label ‘akaun Islamik’ tidak mencukupi kerana pertukaran mata wang bukan sekadar akaun tidak ada interest atas margin account, tiada swap dan tiada rollover. Urusniaga mesti berlaku secara Qabd, iaitu serah tunai.
5) Siapakah panel penasihat Shariah yang meluluskan ‘Islamic account’ yang wujud itu tadi ? Yang melihat transaksi dari A-Z dan bukan sekadar label.
6) Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 2012 adalah tepat dan selaras dengan keputusan badan Shariah antarabangsa seperti Shariah Standard AAOIFI mengenai Trading in Currencies yang telah dibuat sejak Mei 2000.
7) Menyalahi undang-undang Malaysia, secara spesifik Financial Services Act 2013 dan Islamic Financial Services Act 2013 yang mewajibkan kelulusan dan lesen dari Bank Negara Malaysia untuk sebarang aktiviti pertukaran matawang.
8. Meninggalkannya adalah lebih utama kerana dosa riba yang paling ringan adalah seumpama dosa berzina dengan ibu sendiri. Ada banyak lagi pilihan pelaburan yang halal.

Rancang pelaburan Halal anda bersama kami di Takaful Ikhlas melalui wakil-wakil Takaful Halal kami.
Hubungi kami,
Faridah Daik (013-9225695)
Thalhah Alias (013-9333097)
Temerloh, Pahang.

Wednesday, 2 September 2015

Rider Perlindungan Tambahan TERBARU (Khas untuk Anak Anda)

IKHLASlink Child Secure Takaful Rider 

Hanya serendah RM80 sebulan, lakukanlah sumbangan untuk tabungan masa depan anak anda di samping sebagai perlindungan kepadanya, In Shaa Allah.

RM80 sumbangan bulanan kini bukan hanya sekadar melindungi perkara2 asas dalam produk takaful sebelum ini seperti manfaat kematian/TPD, perlindungan kemalangan yang komprehensif, perlindungan 40 penyakit2 kritikal dan elaun masuk hospital; bahkan dengan RM80 itu juga dapat melindungi 9 lagi penyakit2 yang khusus untuk anak-anak anda.. Ini merupakan pelan terbaru daripada takaful ikhlas..

Dengan IKHLASlink Child Secure Takaful Rider, anak anda akan dilindungi daripada penyakit-penyakit yang boleh berlaku akibat daripada kelemahan sistem imunisasi tubuh terutama sekali sewaktu fasa pembesaran. Pelan ini meringankan beban kewangan anda khususnya untuk musibah penyakit berkaitan kanak- kanak.

Selain itu, pengecualian sumbsngan takaful seterusnya turut diberi percuma untuk si anak jika si anak disahkan mengidap salah satu daripada 9 penyakit khusus kanak2 tersebut.


Sila download brosur rasmi di sini:

http://www.takaful-ikhlas.com.my/sites/default/files/ikhlas-rider/udr/bm/10a_IKHLASlink%20Child%20Secure%20Takaful%20Rider_BM.pdf


Hubungi kami wakil takaful anda

Temerloh , Pahang.

Faridah Daik (013-9225695)

Thalhah Alias (013-9333097)

Thursday, 27 August 2015

Menolak TAKAFUL.. Apakah alasan mereka adalah munasabah??

10 Alasan Orang Menolak Takaful Dan Ini Jawapannya.

Sebelum kita melihat beberapa alasan mengapa orang menolak takaful, marilah terlebih dahulu kita fahami semula apa itu takaful?

Apakah itu Takaful?

Dalam terma takaful, orang yang menyertai (dipanggil pemegang polisi / peserta takaful) mengeluarkan sejumlah wang (sumbangan / premium) ke dalam suatu dana yang diurus oleh syarikat Takaful. Apabila seseorang di dalam kumpulan itu ditimpa musibah, dia akan diberi hibah sejumlah wang seperti yang terkandung di dalam polisi mereka di mana wang tersebut adalah merupakan dana yang berperanan untuk membantu dan meringankan kesusahan yang menimpa itu.

Dari sudut pengurusan risiko dan penggantian pendapatan, takaful merupakan satu keperluan bukannya kehendak pada zaman ini. Namun, masih ramai yang menganggap ia bukan suatu yang perlu diberi keutamaan. Kalau nak di kata belum ada kesedaran, mungkin tidak kerana zaman sekarang hampir semua orang akan berkata bahawa takaful itu penting. Jarang-jarang di antara mereka setelah memahami konsep takaful yang akan menidakkannya lagi, tetapi yang menjadi masalahnya kerana sikap mereka sendiri suka bertangguh untuk mengambil perlindungan takaful.. Kenapa??


Di bawah ini adalah di antara alasan yang sering diberikan & jawapan-jawapan kepada alasan-alasan tersebut. Insyaallah semoga kita memperoleh pencerahan:


1) "COMPANY SAYA DAH COVER"
 - Ia satu yang baik sebab syarikat bermurah hati sara kos perubatan anda tapi berapa ramai dari kita berapa kos tahunan perubatan yang diberi? Contoh rm20k setahun tapi kos perubatan rm50k.. kalau kita mengambil takaful rm20k di bayar oleh insuran syarikat dan rm30k lagi di bayar oleh takaful anda.. Tak rugi bukan.


2) "NANTI, SAYA NAK FIKIR DULU"
- Sebenarnya perkara yang baik tak perlu kita fikir, yang buat kita fikir dulu mungkin sebab kita tak faham dan ada masalah kewangan, alasan masalah kewangan ni sila baca no (6). Percayalah jika kita kata nak balik fikir dulu selalunya kita akan lupa dan tak ambil fikir lagi selepas sampai rumah kecuali orang yang betul-betul faham kepentingan takaful. 

Tahukah juga kita bahawa selepas polisi kita lulus hari ini.. medical card masih belum dapat digunakan terus dan kita terpaksa mengunggu antara 90 - 120 hari. Ini adalah peraturan dari Bank Negara Malaysia. Jika doktor mengesahkan ada penyakit dalam tempoh tersebut, takaful sudah tidak boleh membiayai kos perubatan penyakit tersebut. Jangan bertangguh dengan alasan untuk berfikir dulu.


3) "SAYA NAK COMPARE DULU"
 - Ini niat yang baik tapi ini bukan alasan yang bagus sebab kita bukan berada dalam bidang ini dan terdapat beberapa istilah dalam insuran / takaful yang sukar difahami jadi jika ada agent takaful yang menawarkan membuat perbandingan maka terimalah jika anda hendak membuat perbezaan ke semua 11 syarikat takaful.. sanggupkah anda? Tahukah anda sebenarnya setiap produk dalam takaful harganya adalah sama kerana ia ditetapkan boleh Bank Negara Malaysia maka tidak ada istilah mahal atau murah.. yang murah kurang faedahnya dan yang lebih mahal banyak faedahnya. Takaful yang baik adalah sekitar 7-10% dari gaji anda atau sekitar rm150 sebulan. (insyaAllah tajuk ini saya akan huraikan dalam tajuk lain).


 4) " TAK PE.. SAYA BOLEH PERGI HOSPITAL KERAJAAN"
- Saya tak nafikan hospital kerajaan memang bagus tapi masalahnya lambat sebab ramai orang, bukan sahaja rakyat malaysia tapi warganegara asing juga mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Kadang-kadang timbul isu katil tak cukup dan terpaksa diletakkan katil tambahan dalam satu wad.. kalau peralatan khas tidak ada, kita terpaksa dirujuk ke hospital swasta (pernah berlaku dalam keluarga saya).


5) "FAMILI SAYA ORANG BERADA..BERDUIT"
 - Ini alasan yang jarang dapat tapi tak ramai kita yang melepasi tahap yang kaya raya. Cuba kita fikirkan sekalipun mak ayah kita berduit atau kita sendiri bergaji besar.. sanggupkah duit yang kita kumpul lama digunakan untuk kos rawatan yang besar padahal kita mempunyai pilihan untuk pihak takaful yang membayarnya.

Sanggup kita menyusahkan atau menjadi beban kepada ibu bapa, isteri atau anak-anak kita?


6) "SAYA TAK ADA BAJET"
 - Betul.. sekarang semuanya mahal dan kos sara hidup tinggi terutamanya di bandar. Kemelesetan ekonomi memang menyakitkan tapi jika kita jatuh sakit dalam kemelesetan ekonomi jauh lebih menyakitkan.

Sebenarnya ini sedikit sebanyak ada kesan dari kelemahan kita menguruskan perbelanjaan bulanan. Lakukanlah perancangan sekitar 10% dari gaji untuk tujuan kecemasan dan selebihnya uruskan dengan berhemah seperti bayaran bI'll dan perbelanjaan bulanan. Masyarakat jepun merancang 20% daripada gaji bulanan mereka untuk simpanan. Dari situ kita akan nampak gaji kita cukup atau tidak.. jika tidak satu alternatif untuk menambah perbelanjaan perlu dilakukan.


7) "NANTI DUIT SAYA BURN"
 - Ini satu konsep yang salah, duit anda tidak hangus.. tidak hangus malah jika mendapat perundingan dari agent duit caruman anda setiap bulan akan dapat semula melebihi 100% kerana dalam Prudential BSN Takaful ada satu dana khas yang dipanggil dana investment.. jadi menyimpan di takaful tidak rugi malah anda dilindungi. Nah.. anda untung atau rugi? :)


8) "SAYA MASIH SIHAT"
 - Siapa yang boleh bagi jaminan anda akan sihat hari esok. Memang takaful ini untuk diambil oleh orang yang sihat, jika dah ditimpa penyakit anda sudah tidak layak.. penyakit macam mana tu boleh berhubung dengan saya untuk rundingan.


9) "KALAU SIMPAN DI INSURAN SUSAH NAK KELUAR DUIT"
 - Menyimpan duit bukan untuk digunakan.. kalau macam tu lebih baik menyimpan di bank tapi apa yang anda dapat selain faedah setiap tahun.. sangat tidak membantu. Mentaliti ini harus dikikis kerana sebenarnya di takaful kita masih boleh mengeluarkan duit kita tapi tidaklah semudah simpanan di bank.. bukan itu lebih baik?


10) "SAYA TAK BERMINAT DENGAN INSURAN-INSURAN NI"
- Ini adalah sebab kita tidak faham dan kita jarang memberi peluang untuk diri untuk memahami. Hal ini berlaku kerana mentaliti kita sudah tersekat.. ini saya sendiri tiada jawapan khusus, kita sendiri yang boleh mengubah cara berfikir. ingatlah, bila ada agent takaful yang membuat temujanji dengan anda sebenarnya mereka berkongsi ilmu bukan menjual.. nama pun perunding takaful bukan penjual takaful dan mungkin kerana sikap sebilangan agent yang bertindak sebagai "penjual" menyebab industri insuran/takaful ini dipandang negatif atau tipu. itu anda sendiri yang tentukan! :)

Untuk pengetahuan lanjut berkenaan Kepentingan Takaful dan bagaimana untuk memilih pelan-pelan perlindungan yang sesuai untuk anda dan keluarga, bolehlah menghubungi kami di TAKAFUL HALAL.




Terima kasih.

Faridah Daik (013-9225695)

Thalhah Alias (013-9333097)

Wakil / Agen Sah Takaful Ikhlas
a.k.a Perunding Kewangan Islam

Temerloh, Pahang.
Takaful Ikhlas Temerloh

Wednesday, 26 August 2015

TAKAFUL IKHLAS MEDICAL CARD TIADA LIMIT TAHUNAN??

MEDICAL CARD TAKAFUL IKHLAS: BEST OF THE BEST. TIADA LIMIT TAHUNAN DAN DIJAMIN HALAL.

Medical Card Takaful IKHLAS MEDIPLAN ini adalah produk terbaru Takaful IKHLAS.

Ia menawarkan medical card TANPA annual limit dengan harga yang mampu milik!

Antara kelebihan Takaful IKHLAS Medical Card ini ialah;

 

HAD Seumur Hidup yang TINGGITIADA HAD TAHUNAN keseluruhanTIADA HAD TAHUNAN bagi rawatan pesakit luar DIALISISTIADA HAD TAHUNAN bagi rawatan pesakit luar KANSER10% KENAIKAN Had Bilik jika tiada tuntutan selama 3 tahunTEMPOH Matang sehingga 100 tahunKADAR Sumbangan caruman yang mampu milikDan lain-lain

 

 

Berikut ada maklumat tentang Medical Card Takaful IKHLAS ini.

Boleh disertai oleh bayi yg berusia 30 hari hingga maksima 70 tahun. Dengan plan paling minima Plan 150 hingga maksima Plan 700 dengan coveraga RM3.5 juta, tanpa annual limit.

Medical Card Takaful IKHLAS ini;

Umur minima – 30 hari

Umur maksima – 70 tahun (umur hari jadi akan datang)

Plan minima – Plan 150 dengan lifetime limit RM850,000 dan bilik RM150.

Plan maksima – Plan 700, dengan lifetime limit RM3,500,000 dan bilik RM700.

 

Jadual plan manfaat MEDIPLAN

Rumusan jadual manfaat bagi plan-plan yang terdapat di dalam produk Medical Card Takaful IKHLAS ini.

 

Semua plan, tanpa had tahunan.

Antara kelebihan Takaful IKHLAS Medical Card – lawatan doktor dua (2) kali sehari semasa diwadkan. Sesetengah medical card hanya memberi peruntukkan untuk satu kali rawatan doktor sehari.

 

Manfat jangka panjang seperti dialisis buah pinggang dan rawatan kanser pesakit luar pun – TIADA HAD TAHUNAN.

Perhatikan kepada seksyen B Medical Card Takaful IKHLAS – manfaat jangka masa panjang.

Manfaat ini merangkumi rawatan dialisis buah pinggang, rawatan pesakit luar kanser seperti kimoterapi dan pemindahan organ – TIADA ANNUAL LIMIT.

Ciri ini jarang-jarang ada pada medical card lain. Tapi ia ada pada produk Takaful IKHLAS Medical Card ini.

 

Manfaat jika tiada tahunan dalam kitaran 3 tahun – had bilik dinaikkan 10% hingga maksima 50%.

Antara kelebihan Medical Card Takaful IKHLAS – Sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat ke atas kad bagi setiap 3 tahun, had bilik akan dinaikkan sebanyak 10%.

Maksima selama 5 kali kenaikan selama 15 tahun, sehingga maksima 50% daripada had asal.

Contoh; Plan 200 yang had bilik RM200 sehari, akan mengalami kenaikan 10% setiap 3 tahun. Yakni RM20 sekiranya tiada sebarang claim. Maksima had bilik akan menjadi RM300 selepas 15 tahun jika tiada sebarang tuntutan dibuat.

Ia hanya ada pada Takaful IKHLAS Medical Card – Mediplan ini sahaja!

 

Maksima tuntutan tahunan sama dengan lifetime limit. Jika melebihi 10% dari lifetime limit akan di ada ko-payment maksima RM3,000 sahaja.

 

Bagi setiap plan, akan dikenakan ko-payment HANYA JIKA melebihi 10% daripada had seumur hidup (lifetime limit). Atau maksima RM3,000 co-payment.

Bagi plan lifetime limit di bawah RM1,000,000 akan dikenakan co-payment sebanyak 20%. Manakala bagi plan melebihi RM1,250,000 pula akan dikenakan co-payment sebanyak 10%. Kedua-duanya tertakluk had maksima sebanyak Rm3,000.

 

 

 

Apa berlaku sekiranya peserta masuk bilik di bawah had kelayakan atau melebihi had kelayakan?

Jika tuntutan room & board di bawah had kelayakan – 50% daripada jumlah maksima akan dipulangkan.  Dengan jumlah minima RM50.

Manakala, jika peserta masuk ke bilik melebihi had kelayakan – peserta hanya perlu membayar jumlahperbezaan sahaja. Tiada sebarang co-payment.

 

Manfaat pilihan.

Produk Takaful IKHLAS Medical Card ini juga menyediakan pampasan tunai bagi kes diagnos kanser kali pertama dan diagnos kegagalan buah pinggang kali pertaka.

 

Product Disclosure Sheet boleh dapatkan di http://www.takaful-ikhlas.com.my/sites/default/files/8a_ikhlaslink_mediplan_secure_takaful_rider_bm.pdf

Mahukan sesi penerangan tentang perkara ini?

Hubungi kami:

Faridah Daik (013-9225695)

Thalhah Alias (013-9333097)

TAKAFUL HALAL

#takafulikhlastemerloh

#takafulhalal

#temerloh


Setinggi-tinggi penghargaan dan kredit kepada: rahsia takaful

Monday, 24 August 2015

Kenapa Perlu Membuat Sumbangan Takaful?

RISIKO/MUSIBAH YANG TIDAK DIDUGA
  • Dalam Takaful, perkataan "risiko" merujuk kepada kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa dan tahap keterukan kesan-kesan negatif daripada peristiwa tersebut. Dalam erti kata lain, ia sentiasa melibatkan ketidakpastian yang berpunca daripada kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa, yang mana hasilnya boleh mengakibatkan seseorang berada dalam kedudukan yang lebih buruk berbanding dengan kedudukan beliau sebelum berlakunya peristiwa tersebut.
  • Sebagai manusia biasa, kita sentiasa terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kematian, hilang upaya, kecurian, kebakaran, dan banyak lagi yang akan mengakibatkan kerugian, pengurangan nilai serta kehilangan sumber pendapatan diri sendiri dan keluarga/waris.
  • Risiko-risiko yang sentiasa dikaitkan dengan individu ialah seperti:
  • (A) Kematian Awal
  • Kematian ketua isi rumah atau pencari nafkah boleh menyebabkan kesukaran kewangan kepada tanggungan.
  • (B) Pendapatan yang tidak mencukupi semasa persaraan
  • Kemungkinan pesara hilang pendapatan yang diperoleh mereka jika mereka tidak mempunyai aset kewangan yang mencukupi atau sumber pendapatan persaraan lain.
  • (C) Kesihatan yang tidak memuaskan
  • Kemungkinan untuk membayar bil-bil perubatan yang terlalu besar dan kehilangan pendapatan.
  • (D) Pengangguran 
  • Ancaman utama terhadap jaminan kewangan akibat daripada kitaran menurun perniagaan, perubahan teknologi dan ekonomi dan lain-lain.

Secara ringkasnya
Ada 11 sebab mengapa anda perlu memiliki dan memberi sumbangan takaful :
1. Menyediakan dana pendapatan / penggantian pendapatan kepada ahli keluarga/waris sekiranya anda meninggal dunia.
2. Menyediakan pendapatan / penggantian pendapatan sekiranya anda hilang upaya.
3.Menyediakan dana persaraan / saving untuk hari tua.
4.Menyediakan dana pendidikan anak-anak.
5. Menyediakan dana kewangan pengurusan perubatan/rawatan/pembedahan apabila sakit, kemalangan dan berpenyakit kritikal.
6. Mengelakkan dari berhutang.
7. Melindungi aset / barangan berharga.
8. Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
9. Melindungi perniagaan.
10.Melakukan amal jariah kerana takaful menggunakan konsep sedekah.
11.Mengurangkan cukai pendapatan.



Ingatlah..jangka hayat kita semakin berkurang, seharian kita terdedah kepada bahaya dan risiko walaupun ditempat yang paling selamat. Jika kita seorang bertanggungjawab kita tidak mahu membebankan diri, keluarga dan masyarakat ketika kita hidup atau meninggal dunia. Begitu juga orang yang kita sayangi, mereka juga memerlukan perlindungan supaya tidak membebankan kita di kemudian hari. Oleh itu, perlindungan diri, pengurusan kewangan, pengurusan harta dan hutang amat penting kepada setiap insan yang bernama manusia, dan ini semua, ditunjangi oleh pengurusan risiko.

Perlu diingat, risiko dan hutang perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.

Bagi mengurus risiko, kami di Takaful Halal (Wakil sah Takaful Ikhlas) menyediakan plan perlindungan diri, keluarga dan pelaburan anda..Anda hanya perlu memiliki polisi perlindungan tersebut supaya wang pelaburan atau sumbangan anda dapat disalurkan kepada pewaris anda setelah anda tiada nanti (tidak terbelenggu dengan hutang). Tetapi jika tiada apa-apa berlaku kepada anda…anda masih mendapat semula wang simpanan + keuntungan pelaburan yang anda bayar kepada Takaful Ikhlas tersebut sebagai wang simpanan hari tua..

Bertindaklah sekarang, miliki polisi takaful anda sebelum terlambat…


SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA
Surah Al-Maidah Ayat 2
“Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan jangan berkerjasama dalam dosa dan permusuhan”.

.

Hadith riwayat Bukhari
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”.
.
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
“Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggungjawab dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah tanggungan kamu”.
.
Hadith riwayat Ibnu Majah
“Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwaraga manusia”.
.
Hadith riwayat Ahmad
“Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit”.

Untuk pengetahuan lanjut berkenaan Peperiksaan Asas Takaful dan bagaimana untuk menjadi wakil Takaful Ikhlas, bolehlah menghubungi kami di TAKAFUL HALAL.




Terima kasih.

Faridah Daik (013-9225695)

Thalhah Alias (013-9333097)

Wakil / Agen Sah Takaful Ikhlas

Temerloh, Pahang.