Isu pelaburan forex di internet. (Kredit to blog pakdi)
Kesimpulan dari bual bicara dalam slot Khidmat Syariah, Assalamualaikum, TV AlHijrah.
1) Pertukaran matawang mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli Bay’ Sarf seperti yang digariskan dalam hadis dari Ubadah Bin Samit. Mesti berlaku secara Qabd iaitu serah tunai. Jika tidak, jadilah ia riba jual beli.
2) Penggunaan margin account, iaitu security deposit yang diperlukan apabila membuka akaun forex trading adalah petunjuk jual beli , pertukaran matawang itu berlaku secara bertangguh, iaitu tiada Qabd – serah tunai.
3) Contoh aktiviti pertukaran matawang yang memenuhi rukun dan syarat Bay’ Sarf adalah seperti yang dibuat oleh perniagaan money changer danperbankan Islam.
4) Label ‘akaun Islamik’ tidak mencukupi kerana pertukaran mata wang bukan sekadar akaun tidak ada interest atas margin account, tiada swap dan tiada rollover. Urusniaga mesti berlaku secara Qabd, iaitu serah tunai.
5) Siapakah panel penasihat Shariah yang meluluskan ‘Islamic account’ yang wujud itu tadi ? Yang melihat transaksi dari A-Z dan bukan sekadar label.
6) Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 2012 adalah tepat dan selaras dengan keputusan badan Shariah antarabangsa seperti Shariah Standard AAOIFI mengenai Trading in Currencies yang telah dibuat sejak Mei 2000.
7) Menyalahi undang-undang Malaysia, secara spesifik Financial Services Act 2013 dan Islamic Financial Services Act 2013 yang mewajibkan kelulusan dan lesen dari Bank Negara Malaysia untuk sebarang aktiviti pertukaran matawang.
8. Meninggalkannya adalah lebih utama kerana dosa riba yang paling ringan adalah seumpama dosa berzina dengan ibu sendiri. Ada banyak lagi pilihan pelaburan yang halal.
Rancang pelaburan Halal anda bersama kami di Takaful Ikhlas melalui wakil-wakil Takaful Halal kami.
Hubungi kami,
Faridah Daik (013-9225695)
Thalhah Alias (013-9333097)
Temerloh, Pahang.