Friday, 12 August 2016

TAKAFUL sedekah yang Halal VS INSURANS jual beli yang haram

Assalamualaikum WBT.

Demikian di bawah dikupas serba sedikit berkenaan perbezaan di antara Takaful dan Insurans Konvensional.
.
.
1) Insurans konvensional menggunakan akad jual beli yang tidak patuh syariah.
.

Sebagai contoh: Kita membeli polisi insurans daripada syarikat yang bernilai RM100 sebulan di mana di dalamnya dijanjikan pulangan/pampasan sebanyak RM50,000 jika kita ditimpa penyakit kritikal. Jual beli ini jelas mengandungi unsur RIBA, MAISIR (judi) dan GHARAR (ketidakpastian).
.
Penjelasan ringkas:
-RIBA: bayar rm100 dijanjikan pulangan rm50 ribu adalah riba kerana pertukaran tidak sama nilai.
.
-JUDI: bayar rm100 sebulan sehingga polisi tamat, tidak pernah claim. Kita rugi, company untung. Ataupun, bayar dalam setahun rm100 x 12 = rm1200 kemudian ditimpa penyakit dan company akan rugi kerana terpaksa membayar kepada kita rm50 ribu dan kita untung pada ketika itu. Ini adalah perjudian secara terang-terangan.
.
-GHARAR (ketidakpastian): urusan jual beli di mana membeli barangan yang tiada atau belum pasti bila akan dapat adalah dikira sebagai gharar. Membeli insurans sebanyak rm100 sebulan tetapi barang yang dibeli (perlindungan penyakit kritikal) belum dapat dan belum pasti bila masanya akan dapat.
.
.


.
.
2) Takaful menggunakan akad tabarru' (sedekah) dan wakalah.
.
Contoh: kita menyertai takaful dengan sumbangan bulanan sebanyak RM100 sebulan. Akad yang digunakan adalah sedekah. Sedekah kita tadi akan dimasukkan di dalam sebuah kolam sedekah yang besar dan akan digunakan untuk membantu peserta-peserta lain yang ditimpa musibah. Pihak syarikat takaful bertindak sebagai wakil (wakalah) hanya berperanan sebagai pengendali kepada kolam sedekah ini dan menguruskan pelaburan2 berkaitan dan menguruskan tuntutan2 yang dibuat oleh peserta.
.
Dengan kaedah ini menjadikan takaful adalah suatu urusan muamalat yang halal dan patuh syariah.
.
Peserta-peserta takaful pula akan secara berterusan setiap hari mendapat ganjaran pahala sedekah kerana setiap hari pihak syarikat membayar tuntutan-tuntutan peserta-peserta takaful. In sha Allah.
.
Dan ianya merupakah SEDEKAH 1st Class. kerana kita tidak mengetahui kepada siapa sedekah daripada kita sampai.
.
.
"Tangan kanan memberi, tangan kiri tidak mengetahui"



Wallhua'lam.


Untuk pengetahuan lanjut berkenaan pelbagai Rider Perlindungan Penyakit Kritikal dan Kad Perubatan Medic Plan ataupun Pelan-pelan Takaful Keluarga yang lain, bolehlah menghubungi kami di TAKAFUL HALAL




Terima kasih.

Faridah Daik (013-9225695)

Thalhah Alias (013-9333097)

Wakil / Agen Sah Takaful Ikhlas

Temerloh, Pahang.

Saturday, 16 April 2016

MENJAGA KESIHATAN DAN MELINDUNGI RISIKO KESIHATAN SANGAT PENTING KEPADA SEMUA.. MENGENALI "3 SILENT KILLER"

3 PEMBUNUH SENYAP YG RAMAI ORG TAK SEDAR
kredit kepada: Farmasi Amal Medik

Ramai orang rasa badan mereka sihat tapi tanpa mereka sedari 3 pembunuh senyap ini sedang bertindak.
Tiga Pembunuh senyap yang sebenarnya membunuh ramai orang tanpa disedari adalah:
1. Tekanan Darah yang tinggi
2. Gula dalam darah dan
3. Lemak dalam darah yang tinggi (Kolesterol)

=====
1. Tekanan Darah Tinggi
=====
Tekanan darah yang baik dan normal adalah 120 mmHg bacaan sistolik dan 80 mmHg bacaan diastolik (120/80 mmHg)
Apabila tekanan darah sentiasa tinggi melebihi normal itulah dinamakan Penyakit Darah Tinggi.
Tekanan darah yang tinggi akan merosakkan banyak organ penting dalam badan kita. Ini meningkatkan risiko kita untuk mendapat Strok, Serangan Jantung dan kerosakan buah pinggang.
Perlukah kita selalu mengukur Tekanan Darah?
90% penghidap Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya sebahagian kecil mengalami tanda seperti sakit kepala di belakang leher. Jadi, ukur tekanan darah secara berkala adalah penting.
Bila kali terakhir anda ukur Tekanan Darah?


=====
2. Gula Dalam Darah Tinggi
=====

Paras gula dalam darah yang normal dan baik adalah kurang daripada 5.6 mmol/L. Jika paras gula 5.6 - 11.0 mmol/L, ujian lanjut perlu dijalankan.
Tetapi jika paras gula lebih 11.1 mmol/L, anda mungkin menghidap penyakit diabetik ataupun kencing manis jika bacaan ini diperolehi lebih sekali.
Apabila paras gula dalam darah sentiasa tinggi dalam jangka yang lama, ia boleh merosakkan salur darah pada organ badan seperti mata, saraf dan buah pinggang.
Paras gula yang sentiasa tinggi juga boleh merosakkan kanta mata menyebabkan masalah penglihatan jadi kabur.
Jika penyakit diabetik ini tidak dikesan awal atau tidak dipantau dengan baik, ia boleh menyebabkan kesan yang teruk seperti kerosakan buah pinggang, strok, rabun dan luka kaki yang susah sembuj (diabetic foot).
Periksalah awal sebelum terlambat.


=====
3. Lemak Dalam Darah Yg Tinggi (Kolesterol)
=====

Mengikut kajian, 1 daripada setiap 3 rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas mengalami paras kolesterol dalam darah yang tinggi.
Pelbagai penyakit berlaku apabila Lemak bergabung dengan protein membentuk Low Density Lipoprotein (LDL). LDL ini akan membawa lemak dari hati ke sel-sel badan.
Kolesterol LDL ini kemudian akan mendap
di dinding salur darah dan membentuk plak yang akan menyempitkan salir darah. Oleh itu, LDL ini dipanggil 'Kolesterol Jahat'.
Plak kolesterol ini menyebabkan pengerasan salur darah dan boleh menyebabkan salur darah tersumbat yang mengakibatkan serangan jantung dan strok.
Paras kolesterol yang baik adalah kurang 5.2 mmol/L dan paras LDL kurang 2.6 mmol/L.
Tahukah anda, orang yang berbadan kurus biasanya mempunyai paras Kolesterol yang lebih tinggi? Berapa paras kolesterol darah anda?
Pastikan kita sentiasa periksa dan kawal '3 Pembunuh Senyap' ini. Jangan sudah terlambat baru kita menyesal.

Bersama-samalah kita mengambil pengajaran yang berguna ini dan berusaha meningkatkan tahap kesihatan kita semua. Semoga kita dan keluarga dijauhi daripada penyakit-penyakit kritikal yang berisiko tinggi ini.

Untuk pengetahuan lanjut berkenaan Rider Perlindungan Penyakit Kritikal dan Kad Perubatan Medic Plan ataupun Pelan-pelan Takaful Keluarga yang lain, bolehlah menghubungi kami di TAKAFUL HALAL




Terima kasih.

Faridah Daik (013-9225695)

Thalhah Alias (013-9333097)

Wakil / Agen Sah Takaful Ikhlas

Temerloh, Pahang.

Wednesday, 18 November 2015

Hukum Beli Emas Secara Ansuran & Trade 'In'

Hukum Beli Emas Ansuran & Trade 'In' 


a- Ustaz, saya ada mendengar bahawa barangan emas tidak boleh di beli secara ansuran, adakah ia benar dan mengapa? Untuk makluman, jual beli emas secara tangguh ini amat berleluasa terutamanya di Kelantan.
b- Pohon penjelasan ustaz juga berkenaan cara menukar emas lama dengan yang baru, yang dikenali sebagai "trade in" yang selalu di lakukan oleh kaum wanita di Malaysia.
- ingin selamat di akhirat-
Jawapan :
a.      Jawapan Emas di Jual Beli Secara Ansuran.
Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.
Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelkang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus. Prof. Dr Mohd Said Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi.
Rujuk pandangan mazhab empat dalam Al-Mabsut 14/4 ; Al-Bayan wa at-Tahsil 6/444 ; At-Tamhid 2/246 ; Al-Umm , 2/32 ; Takmilah al-Majmu' oleh As-Subky . 10/83 ; Mughni al-Muhtaj , 2/25 ; al-Mughni oleh Ibn Quddamah , 6/60 )  
Ibn Abd al-Barr dlm Istizkar menyatakan telah berlaku ijma' (sepakat) mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk ‘at-tibr' (serbuk) dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana pihak yang berurusniaga), demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya secara ansuran dan hutang.
Khatib As-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yang asal.
Bagaimanapun terdapat satu pendapat minorti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.
Pandangan minority ini di katakan adalah pandangan Ia adalah pendapat Mu'awiyah (Rujuk riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu' no 2541; An-Nasaie 7/279 ; Al-Bayhaqi 5/280, tapi Abu Darda telah menegur Mu'awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian mengadu ke Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan)Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim (Rujuk I'lam al-Muwaqqi'ien, 2/141 utk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat utk pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu' al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula). Hasilnya menurut kumpulan ini adalah Harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil'ah (barang dagangan).
Ia disokong Prof Dr Mahmud ‘Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi (kerana "umum al-balwa" - Perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang).
Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rusyd al-Maliki ( w 595 H) berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa:  "perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen (yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan membelinya walaupun secara tangguh.
Ibn Mufleh al-Hanbali (w 763 H) pula berkata (rujuk al-Mubdi' 4/149) : Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun'ah (pembuatan dan pertukangan).
Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa atharuha fi al-Mu'awadah al-Maliah oleh Dr Abd Raouf Bin Muhd Al-Kamali (tesis PhD di Univ Imam dengan tahap Mumtaz, 2/558)
Kesimpulan dan pandangan terpilih : Maka hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti, lalu setiap pembelian dan penjualan yang dibayar menggunakan duit (maka Kesatuan Fiqh Sedunia telah memutuskan bahawa matawang kertas adalah ‘nuqud istilahiah' yang sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana tidak sama jenis. 
b- Jawapan Bagi ‘Trade in' Emas Lama Dengan Emas Baru.
Jelas menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in' emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil'ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu'asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ; Al-Buyu' al-Sya'iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :
i) Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu', no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.
ii) Mesti 'Taqabud fil hal aw fil majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa) - kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.
Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan 'trade in' dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu? 
Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : "Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi"
JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.
Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.
Ust Zaharuddin Abd Rahman





Terima kasih.

Faridah Daik (013-9225695)

Thalhah Alias (013-9333097)

Wakil / Agen Sah Takaful Ikhlas

Temerloh, Pahang.

Takaful Ikhlas: Operator Takaful Terbaik 2015.. Pelaburan Terbaik dari kami dengan Capital Investment

Melaburlah dengan Kami: IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus


-->> Hanya Perlukan sumbangan Tunggal (Sekali bayar sahaja)



Selain daripada memperolehi ketenangan fikiran melalui perlindungan harta yang mencukupi, anda ingin pastikan wang yang diperolehi daripada hasil usaha gigih anda dioptimumkan bagi mencapai objektif pelaburan anda, berasaskan tahap risiko anda.

Hanya dengan satu caruman, anda berpeluang mendapatkan pulangan yang lebih menguntungkan daripada pelaburan melaluiIKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus, pelan yang menyediakan manfaat dua dalam satu iaitu, kenaikan nilai modal dan perlindungan pada masa yang sama. Ini adalah pelan ideal bagi memenuhi matlamat kewangan jangka sederhana hingga matlamat kewangan jangka panjang anda.

Instrumen pelaburan dan perlindungan ini membolehkan wang anda dikumpulkan bersama-sama dengan wang pelabur lain, sementara pengurusan dana diserahkan kepada pengurus dana yang profesional dan berpengalaman bagi memperolehi hasil yang lebih baik berbanding dengan pelaburan secara peribadi.

Pelan ini menyediakan tiga dana yang terdiri daripada kelas – kelas aset yang berlainan untuk memberi kepelbagaian portfolio pelaburan anda bergantung kepada keperluan pelaburan anda dan berdasarkan kepada peringkat kehidupan anda sekarang.

PENGENALAN

IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus adalah pelan berkaitan pelaburan bercaruman tunggal yang menyediakan peluang untuk memaksimakan pulangan pelaburan anda dan pada masa yang sama, menikmati perlindungan takaful. Anda boleh bermula dengan caruman tunggal sekali gus dan penambahan pelaburan pada bila–bila masa bagi merebut peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi.

APAKAH CIRI-CIRI UTAMANYA?
  1. Mulakan perjalanan menuju ke usia emas anda dengan pelaburan sekali gus serendah RM 5,000.
  2. Anda mempunyai pilihan untuk melabur dalam dana pelaburan berlainan, iaitu Dana Growth, Dana Balanced atau Dana Fixed Income bagi meningkatkan pulangan anda dan mengimbangi risiko portfolio pelaburan anda.
  3. Pelaburan anda diuruskan oleh pengurus dana profesional bagi memberi ketenangan fikiran kepada anda.
  4. Anda boleh mengendali sepenuhnya pelaburan dan perlindungan anda melalui IKHLAS
    Invest-Link Mobile, aplikasi mudah alih berkaitan pelaburan milik kami sendiri. Anda boleh menyemak manfaat pelan anda dengan akses mudah bagi memantau dan melaraskan aset portfolio pelaburan anda, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
  5. Seiring perubahan hidup, keperluan anda juga turut berubah. IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus menyediakan fleksibiliti untuk anda mengagihkan semula dana pelaburan anda melalui kemudahan penukaran. Dengan IKHLAS Invest-Link Mobile, anda dapat mengakses kemudahan ini pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja; lantas membolehkan anda mengendali sepenuhnya pelaburan anda.
  6. Anda memiliki fleksibiliti untuk mengeluarkan pelaburan anda pada bila-bila sahaja bagi memenuhi kepelbagaian keperluan kewangan anda pada peringkat hidup yang berbeza.
  7. Anda bukan sahaja akan memulakan permulaan yang hebat dalam membina kekayaan, IKHLAS
    Capital Investment-Linked Takaful Plus memastikan bahawa anda dilindungi sekiranya berlaku kejadian yang tidak diduga, seperti kematian dan Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)

APAKAH PERLINDUNGAN IKHLAS CAPITAL INVESTMENT-LINKED TAKAFUL PLUS? 
    Kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)
    1. Sekiranya berlaku kematian atau Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD) ke atas peserta, yang mana lebih awal, dalam tempoh Sijil, yang lebih tinggi dari yang berikut:
       
    2. 125% dari Caruman Tunggal, campur Campuran Tambahan, ditolak Pengeluaran Tunai, atau
       
    3. Nilai Aset Bersih Terkumpul (NAV) Unit hendaklah dibayar kepada Peserta (sekiranya berlaku TPD) atau waris terdekat atau penama (sekiranya berlaku kematian).
    TPD hanya akan melindungi Peserta yang berumur 65 tahun ke bawah dan ia adalah berdasarkan definisi “Pekerjaan Sendiri atau Pekerjaan yang Sesuai” di mana manfaat dibayar tertakluk kepada;
    • Tuntutan Keilatan Kekal Menyeluruh adalah disahkan
    • Caruman tidak terlewat
    (Manfaat ini Dijamin oleh Dana Risiko)
    Manfaat Matang
    Jumlah terkumpul di dalam Dana Unit (selepas ditolak sebarang caj) akan dibayar kepada anda apabila Sijil matang.

    Manfaat Serahan
    Apabila Sijil anda diserahkan, anda akan menerima jumlah terkumpul di dalam Dana Unit setelah tolak caj serahan.


    Keuntungan semasa: 


    Dana Growth 9%

    Dana Balance 8%

    Dana fixed 3%


    -->> Hanya Perlukan sumbangan Tunggal (Sekali bayar sahaja). Dah boleh melabur sambil menikmati Perlindungan Takaful sebanyak 125%.





    Untuk pengetahuan lanjut berkenaan 

    IKHLAS Capital Investment-Linked Takaful Plus ataupun Pelan-pelan Takaful Keluarga yang lain, bolehlah menghubungi kami di TAKAFUL HALAL.


    Anda boleh juga download helaian keterangan produk di sini

    http://www.takaful-ikhlas.com.my/sites/default/files/ikhlas_capital_il_takaful_pds.bm_jan2015_1.pdf



    Terima kasih.

    Faridah Daik (013-9225695)

    Thalhah Alias (013-9333097)

    Wakil / Agen Sah Takaful Ikhlas

    Temerloh, Pahang.

    Friday, 13 November 2015

    Nyawa dan kereta.. Yang mana lebih bernilai?

    Memahami & Menilai Comprehensive Personal Accident Benefit (CPAB) Rider. .

    Perasan atau tidak, saban tahun, kita sentiasa memperbaharui cukai jalan (road tax) kenderaan beserta Insurans/takaful kenderaan tersebut. 

    Apa tujuannya?

    -Pertama, sudah tentu untuk memastikan kenderaan atau kereta kita sentiasa sah untuk digunakan di atas jalan raya. 

    -Dan yang kedua, adalah untuk melindungi kereta kita apabila terkena musibah seperti kemalangan sehingga mengakibatkan kerosakan, kecurian dan juga mungkin musibah bencana alam seperti banjir, ribut, tanah runtuh dan sebagainya.

    Tapi tahukah kita yang insurans/takaful kereta kita itu hanya bertujuan melindungi kereta kita/atau kereta-kereta yang mana kita terlibat bersama di dalam kemalangan itu sahaja?

    Adakah pemandu dan penumpang kereta dilindungi bersama?

    Jawapannya: Insurans/takaful kenderaan sebenarnya tidak melindungi pemandu mahupun penumpang kenderaan.



    TIMBUL PULA PERSOALAN DI SINI:

    Nyawa dan kereta, yang mana lebih bernilai?

    Jawapan: kedua-duanya bernilai TETAPI nyawa tidak ternilai harganya. (Ajal maut di tangan Allah)


    SEKARANG, Tanya pada diri sendiri...

    Sedangkan kereta yang tidak bernyawa sanggup kita berikan perlindungan takaful,

    Mengapa tubuh badan kita sendiri, yang berhempas pulas bekerja, yang ke hulu ke hilir mencari rezeki, tenaga dan keringat kita menyara keluarga, Kita tidak lindungi??

    Mengapa?

    Malang tidak berbau. Menguruskan Risiko di peringkat awal adalah jalan terbaik. Menyertai takaful dan memberi sumbangan untuk perlindungan kemalangan adalah salah satu cara kita menguruskan risiko.

    Di Takaful Ikhlas, kita mempunyai satu rider terbaru yang sangat komprehensif dalam memberi perlindungan kemalangan.



    Memperkenalkan

    IKHLASlink COMPREHENSIVE PERSONAL ACCIDENT BENEFIT SECURE TAKAFUL RIDER

    Perlindungan kemalangan bukan sekadar kemalangan. Apa maksudnya?

    "IKHLASlink Comprehensive Personal Accident Benefit Secure Takaful Rider merupakan pelan tambahan yang boleh dilampirkan ke dalam produk asas Takaful keluarga. Rider ini memberikan pampasan kewangan apabila berlaku kematian, keilatan kekal menyeluruh atau separa atau keilatan sementara atau sebahagian dan menyeluruh (untuk manfaat mingguan), dan juga pembayaran semula kos perubatan ke atas kecederaan yang disebabkan kemalangan."




    Untuk pengetahuan anda,

    Kemalangan yang dimaksudkan di sini tidak terhad kepada kemalangan jalan raya sahaja.

    Semua jenis kemalangan personal termasuklah terjatuh tangga, tertajuh pokok, kecederaan akibat bersukan, kemalangan anak-anak di taman permainan kanak-kanak, kemalangan semasa menunggang basikal dan sebagainya adalah dikategorikan sebagai kemalangan.



    MENGAPA IKHLASlink Comprehensive Personal Accident Benefit Secure Takaful Rider BERBEZA DENGAN PRODUK-PRODUK SEBELUMNYA?

    Apa yang menyebabkan rider ini berbeza dan unik adalah kerana perlindungan diberikan begitu menyeluruh dan komprehensif berbanding produk-produk terdahulu.

    Produk-produk terdahulu rata-rata hanya memberi pampasan apabila berlaku kematian akibat daripada kemalangan ataupun ditimpa hilang upaya kekal akibat daripada kemalangan.

    Namun begitu, IKHLASlink Comprehensive Personal Accident Benefit Secure Takaful Rider menawarkan kita perlindungan walaupun berlaku kemalangan kecil dan menerima rawatan klinik hanya sebagai pesakit luar.

    Bahkan, terdapat juga gantian pendapatan mingguan sehingga RM1500 seminggu akibat daripada ketidakupayaan sementara (senang citer: MC dan tak dapat pergi kerja/menjalankan rutin pekerjaan harian).

    Tuntutan bayaran kepada bil-bil klinik (pesakit luar) akibat kemalangan sehingga RM2500 untuk setiap kemalangan disediakan termasuklah juga pembedahan-pembedahan yang dilakukan akibat kemalangan sehingga RM12,500.





    Bayaran pampasan kepada peserta akibat hilang upaya walaupun hanya kehilangan seruas jari juga turut diberikan mengikut peratusan-peratusan yang telah ditetapkan.



    Untuk pengetahuan lanjut berkenaan Rider Perlindungan Kemalangan ini ataupun Pelan-pelan Takaful Keluarga yang lain, bolehlah menghubungi kami di TAKAFUL HALAL.




    Terima kasih.

    Faridah Daik (013-9225695)

    Thalhah Alias (013-9333097)

    Wakil / Agen Sah Takaful Ikhlas

    Temerloh, Pahang.