Thursday, 27 August 2015
Menolak TAKAFUL.. Apakah alasan mereka adalah munasabah??
Wednesday, 26 August 2015
TAKAFUL IKHLAS MEDICAL CARD TIADA LIMIT TAHUNAN??
MEDICAL CARD TAKAFUL IKHLAS: BEST OF THE BEST. TIADA LIMIT TAHUNAN DAN DIJAMIN HALAL.
Medical Card Takaful IKHLAS MEDIPLAN ini adalah produk terbaru Takaful IKHLAS.
Ia menawarkan medical card TANPA annual limit dengan harga yang mampu milik!
Antara kelebihan Takaful IKHLAS Medical Card ini ialah;
HAD Seumur Hidup yang TINGGITIADA HAD TAHUNAN keseluruhanTIADA HAD TAHUNAN bagi rawatan pesakit luar DIALISISTIADA HAD TAHUNAN bagi rawatan pesakit luar KANSER10% KENAIKAN Had Bilik jika tiada tuntutan selama 3 tahunTEMPOH Matang sehingga 100 tahunKADAR Sumbangan caruman yang mampu milikDan lain-lain
Berikut ada maklumat tentang Medical Card Takaful IKHLAS ini.
Boleh disertai oleh bayi yg berusia 30 hari hingga maksima 70 tahun. Dengan plan paling minima Plan 150 hingga maksima Plan 700 dengan coveraga RM3.5 juta, tanpa annual limit.
Medical Card Takaful IKHLAS ini;
Umur minima – 30 hari
Umur maksima – 70 tahun (umur hari jadi akan datang)
Plan minima – Plan 150 dengan lifetime limit RM850,000 dan bilik RM150.
Plan maksima – Plan 700, dengan lifetime limit RM3,500,000 dan bilik RM700.
Jadual plan manfaat MEDIPLAN
Rumusan jadual manfaat bagi plan-plan yang terdapat di dalam produk Medical Card Takaful IKHLAS ini.
Semua plan, tanpa had tahunan.
Antara kelebihan Takaful IKHLAS Medical Card – lawatan doktor dua (2) kali sehari semasa diwadkan. Sesetengah medical card hanya memberi peruntukkan untuk satu kali rawatan doktor sehari.
Manfat jangka panjang seperti dialisis buah pinggang dan rawatan kanser pesakit luar pun – TIADA HAD TAHUNAN.
Perhatikan kepada seksyen B Medical Card Takaful IKHLAS – manfaat jangka masa panjang.
Manfaat ini merangkumi rawatan dialisis buah pinggang, rawatan pesakit luar kanser seperti kimoterapi dan pemindahan organ – TIADA ANNUAL LIMIT.
Ciri ini jarang-jarang ada pada medical card lain. Tapi ia ada pada produk Takaful IKHLAS Medical Card ini.
Manfaat jika tiada tahunan dalam kitaran 3 tahun – had bilik dinaikkan 10% hingga maksima 50%.
Antara kelebihan Medical Card Takaful IKHLAS – Sekiranya tiada sebarang tuntutan dibuat ke atas kad bagi setiap 3 tahun, had bilik akan dinaikkan sebanyak 10%.
Maksima selama 5 kali kenaikan selama 15 tahun, sehingga maksima 50% daripada had asal.
Contoh; Plan 200 yang had bilik RM200 sehari, akan mengalami kenaikan 10% setiap 3 tahun. Yakni RM20 sekiranya tiada sebarang claim. Maksima had bilik akan menjadi RM300 selepas 15 tahun jika tiada sebarang tuntutan dibuat.
Ia hanya ada pada Takaful IKHLAS Medical Card – Mediplan ini sahaja!
Maksima tuntutan tahunan sama dengan lifetime limit. Jika melebihi 10% dari lifetime limit akan di ada ko-payment maksima RM3,000 sahaja.
Bagi setiap plan, akan dikenakan ko-payment HANYA JIKA melebihi 10% daripada had seumur hidup (lifetime limit). Atau maksima RM3,000 co-payment.
Bagi plan lifetime limit di bawah RM1,000,000 akan dikenakan co-payment sebanyak 20%. Manakala bagi plan melebihi RM1,250,000 pula akan dikenakan co-payment sebanyak 10%. Kedua-duanya tertakluk had maksima sebanyak Rm3,000.
Apa berlaku sekiranya peserta masuk bilik di bawah had kelayakan atau melebihi had kelayakan?
Jika tuntutan room & board di bawah had kelayakan – 50% daripada jumlah maksima akan dipulangkan. Dengan jumlah minima RM50.
Manakala, jika peserta masuk ke bilik melebihi had kelayakan – peserta hanya perlu membayar jumlahperbezaan sahaja. Tiada sebarang co-payment.
Manfaat pilihan.
Produk Takaful IKHLAS Medical Card ini juga menyediakan pampasan tunai bagi kes diagnos kanser kali pertama dan diagnos kegagalan buah pinggang kali pertaka.
Product Disclosure Sheet boleh dapatkan di http://www.takaful-ikhlas.com.my/sites/default/files/8a_ikhlaslink_mediplan_secure_takaful_rider_bm.pdf
Mahukan sesi penerangan tentang perkara ini?
Hubungi kami:
Faridah Daik (013-9225695)
Thalhah Alias (013-9333097)
TAKAFUL HALAL
#takafulikhlastemerloh
#takafulhalal
#temerloh
Setinggi-tinggi penghargaan dan kredit kepada: rahsia takaful
Monday, 24 August 2015
Kenapa Perlu Membuat Sumbangan Takaful?
RISIKO/MUSIBAH YANG TIDAK DIDUGA
Secara ringkasnya
Ada 11 sebab mengapa anda perlu memiliki dan memberi sumbangan takaful :
1. Menyediakan dana pendapatan / penggantian pendapatan kepada ahli keluarga/waris sekiranya anda meninggal dunia.
2. Menyediakan pendapatan / penggantian pendapatan sekiranya anda hilang upaya.
3.Menyediakan dana persaraan / saving untuk hari tua.
4.Menyediakan dana pendidikan anak-anak.
5. Menyediakan dana kewangan pengurusan perubatan/rawatan/pembedahan apabila sakit, kemalangan dan berpenyakit kritikal.
6. Mengelakkan dari berhutang.
7. Melindungi aset / barangan berharga.
8. Simpanan untuk menunaikan haji dan umrah.
9. Melindungi perniagaan.
10.Melakukan amal jariah kerana takaful menggunakan konsep sedekah.
11.Mengurangkan cukai pendapatan.
Ingatlah..jangka hayat kita semakin berkurang, seharian kita terdedah kepada bahaya dan risiko walaupun ditempat yang paling selamat. Jika kita seorang bertanggungjawab kita tidak mahu membebankan diri, keluarga dan masyarakat ketika kita hidup atau meninggal dunia. Begitu juga orang yang kita sayangi, mereka juga memerlukan perlindungan supaya tidak membebankan kita di kemudian hari. Oleh itu, perlindungan diri, pengurusan kewangan, pengurusan harta dan hutang amat penting kepada setiap insan yang bernama manusia, dan ini semua, ditunjangi oleh pengurusan risiko.
Perlu diingat, risiko dan hutang perlu DIURUS, bukan DIHINDAR, bukan sahaja dalam pelaburan, bahkan dalam apa jua konteks dalam aspek kehidupan, ianya memerlukan pengurusan risiko.
Bagi mengurus risiko, kami di Takaful Halal (Wakil sah Takaful Ikhlas) menyediakan plan perlindungan diri, keluarga dan pelaburan anda..Anda hanya perlu memiliki polisi perlindungan tersebut supaya wang pelaburan atau sumbangan anda dapat disalurkan kepada pewaris anda setelah anda tiada nanti (tidak terbelenggu dengan hutang). Tetapi jika tiada apa-apa berlaku kepada anda…anda masih mendapat semula wang simpanan + keuntungan pelaburan yang anda bayar kepada Takaful Ikhlas tersebut sebagai wang simpanan hari tua..
Bertindaklah sekarang, miliki polisi takaful anda sebelum terlambat…
|
Surah Al-Maidah Ayat 2 “Bekerjasamalah kamu di dalam kebaikan dan jangan berkerjasama dalam dosa dan permusuhan”. |
.
Hadith riwayat Bukhari “Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. |
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim “Setiap daripada kamu adalah pemikul tanggungjawab dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang di bawah tanggungan kamu”. |
Hadith riwayat Ibnu Majah “Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keselamatan dan perlindungan terhadap harta dan jiwaraga manusia”. |
Hadith riwayat Ahmad “Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang tersepit”. |

Menjadi Wakil/Agen Takaful.. part 1


Friday, 20 September 2013
DENGAN IZIN ALLAH : KUASA MINDA MANUSIA
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahukah anda minda manusia mempunyai kekuatan yang hebat? Pernahkah anda terfikir minda manusia mempunyai dimensi yang luas?
Tahukah Anda ? Menurut kajian ahli minda,kebanyakan manusia hanya menggunakan baru 10% daripada kemampuan mindanya.Ini bererti 90%Daripada mindanya tidak pernah digunakan langsung.Mengapa ini terjadi,jawapannya mudah sahaja,kerana kita tidak tahu.Mengapa kita tidak tahu? Kerana kita tidak belajar.Tapi kini anda berpeluang menggunakan beberapa teknik untuk menggunakan 90 % lagi kemampuan minda anda.Teknik yang akan diajarkan sangat mudah untuk dikuasai.Ramai orang mengaku menguasai dan pakar dalam kuasa minda,pernahkah anda merasai kesan yang sebenarnya sesudah menguasai kuasa minda?
Anda perlu tahu!
Peringkat peringkat fungsi minda menurut ahli kaji minda
1)Peringkat sedar(conscious level)
2)Peringkat bawah sedar yang mengawal badan (subconscious body level)
3)Peringkat ingatan(memory level)
4)Peringkat kuasa kreatif(creatif power level)
5)Peringkat kuasa menyembuhkan(healing power level)
6)Peringkat intuisi(Intuitive level)
7)Peringkat kesedaran semesta raya(Cosmic conscious level)
Peringkat kesedaran minda manusia.
1)Beta
Peringkat kesedaran minda tentang perkara perkara yang fizikal yang berkait rapat dengan pancaindera seperti deria rasa,deria bau,deria dengar dan sebagainya.Seperti contohnya kita mendengar radio setiap hari
2)Alpha
Peringkat kesedaran minda tentang perkara perkara yang berkait rapat tentang emosi,fikiran,khayalan dan perasaan.Peringkat ini berkaitan dengan alam keruhanian dan kejiwaan.Amat jarang manusia yang boleh mencapai peringkat ini.Dalam peringkat inilah terletaknya apa yang dikatakan sebagai'Extra Sensory Perception 'yang bermaksud 'Persepsi deria tambahan'.
3)Theta
Peringkat ini adalah sambungan daripada peringkat Alpha,tetapi lebih dalam lagi.Minda peringkat ini adalah peringkat orang yang tidur.Extra Sensory Perception juga terdapat pada peringkat ini.Alam mimpi adalah teletak pada alam ini.Orang yang sampai pada peringkat ini tidak terganggu oleh kebisingan alam ini,ketenangan alam ini sungguh luar biasa.
4)Delta
Peringkat ini tidak ada kesedaran langsung.Seperti orang mati.Pada peringkat ini tiada siapa yang sedar langsung.Seperti orang yang dibius ketika pembedahan
Insya Allah anda akan diajar dengan teknik mudah untuk mencapai peringkat kesedaran Alpha yang mana anda akan mendapat menguasai kuasa minda dalam erti kata sebenar.
Tuesday, 23 July 2013
ALKISAH 2 BIJI BENIH
2 biji benih di bawah tanah subur…
Benih 1: “Saya nak tumbuh. Saya nak tumbuh akar saya dalam ke dalam tanah mencari air, dan pucuk saya membesar membuka tanah di atas supaya mendapat sinar matahari dan memberitahu dunia musim bunga sudah tiba… Saya nak merasai kehangatan pancaran matahari dan embun pagi…”
Dengan azam demikian, benih 1 tumbuh dan berbuah…
Benih 2: “Kalau saya tumbuh akar ke dalam tanah, saya tak pasti apa yang saya akan temui dalam kegelapan. Jika saya tumbuh ke atas membuka tanah, ia mungkin merosakkan pucuk saya jika tanah keras… apa kata bila daun saya buka dan ada siput nak makan, apa yang saya boleh buat? Jika saya mula berbunga, ada budak kecil datang memetik bunga, apa saya nak buat… jadi elok, saya tunggu line clear dulu sebelum berbuat apa-apa.”
Benih 2 menunggu dan tidak tumbuh.
Tetiba satu hari, ada seekor ayam datang mencari makan, mengorek tanah yang di mana Benih 2 ditanam, dan terus menelan Benih 2 yang masih tertunggu-tunggu bila nak tumbuh.
Wahai anakku,
Kuatkan azammu dan mindamu ketika engkau sudah mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu. Bisikan syaitan akan cuba melemahkan semangatmu dan meniup api malasmu untuk menangguhkan kerjamu sekiranya engkau habiskan masa memikirkan perkara-perkara yang kamu tidak tahu.
Mulakan kerja yang diniatkan dahulu. Dapatkan momentum dahulu. Dengan adanya momentum wahai anakku, masalah yang datang mengunjung tidak lagi dilihat sebagai masalah. Sebaliknya mindamu akan menafsirnya sebagai cabaran yang seronok untuk diatasi. Itu lumrah kehidupan di dunia sementara ini.
Wahai anakku,
Jangan sesekalimu menjadi seperti Benih 2 yang aku ceritakan di atas. Jangan, kerana ia hanya membazir masa kamu. Percayalah pada Allah dan tumbuhlah seperti Benih 1, Allah akan tunjukkan jalannya selagi kamu tidak membiarkan jiwamu jauh daripada Tuhanmu.
-->kredit to fanpage Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
KAMI MENGALU-ALUKAN ANDA MENJADI SEBAHAGIAN DRP KELUARGA KAMI DI TAKAFUL HALAL.
Perunding takaful dan perancang kewangan Islam anda
Jika anda berminat menjadi salah seorang dari team kami, jangan segan untuk menghubungi saya, Faridah Daik 013-9225695 @ pm fb sy Faridah Daik
Thursday, 18 July 2013
Kelebihan mengamalkan Surah Al Kahfi
Hidup kita di akhir zaman penuh dengan fitnah sehingga sukar membezakan antara yang benar dan yang salah. Kepada siapa lagi untuk memohon perlindungan kecuali Allah swt. Semuga kita semua terpelihara dari fitnah Dajjal.
(HR Hakim 3349) : “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.”
(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.